KUALA TERENGGANU: Seramai 23 penternak di Kampung Beladau Selat dan Kampung Beladau Kepong di sini, terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM1.3 juta apabila ikan air tawar yang diternak sejak hampir setahun lalu mati akibat banjir luar biasa yang melanda Ahad lepas (27 Feb).
Wakil penternak di Kampung Beladau Selat Mohd Zelan Mat, 55, berkata arus deras dan berlumpur telah menyebabkan kematian terhadap ikan tilapia dan patin di dalam 59 sangkar di kampungnya dan empat sangkar di Kampung Beladau Kepong yang keseluruhannya seberat 126 tan.
"Saya sendiri pun rugi dalam RM268,000 apabila 25 tan ikan tilapia dan patin di dalam 17 sangkar milik saya mati. Ikan-ikan tersebut telah besar dan sudah boleh dijual. Jumlah kerugian itu tidak termasuk lagi dengan anak-anak ikan yang mati.
"Saya sasarkan untuk jual pada bulan puasa nanti. Setelah dua tahun tidak dapat menjual ikan dengan banyak kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi bulan puasa tahun ini saya ingatkan boleh la untung banyak sikit tetapi ini pula yang terjadi," katanya ketika ditemui di Kampung Beladau Selat, di sini hari ini.
Mohd Zelan yang telah 10 tahun menternak ikan air tawar di situ berkata kejadian yang berlaku pada Ahad lepas adalah yang paling buruk pernah berlaku sejak penternakan ikan air tawar di kampung tersebut bermula pada tahun 1995.
Malah katanya banjir besar pada 2014 juga tidak mendatangkan kesan yang seteruk ini kerana banjir pada Ahad lepas mendatangkan arus yang lebih deras dan berlumpur.
Sementara itu Marwan Bidin, 34, yang baru berkecimpung dalam penternakan ikan air tawar sejak lebih setahun lalu telah rugi kira-kira RM20,000 setelah 12 tan ikan tilapia dan patin di dalam enam sangkarnya mati ekoran bencana alam itu.
Lebih menyedihkan apabila Marwan telah menghabiskan RM40,000 yang disimpannya selama dua tahun, untuk memulakan projek penternakan ikan air tawar itu.
"Tidak sangka akan banjir seteruk ini. Saya belum sempat pun merasa hasilnya. Ikan tilapia dan ikan patin memang senang mati kalau ditimpa arus deras dan air keruh berbanding ikan lain seperti keli dan baung," katanya yang reda akan ujian yang dihadapi itu.
Sementara itu Ahmad Salman Sazali, 22, berkata arus air laju dan keruh yang berlaku itu kawasan sangkar yang terletak di Sungai Terengganu itu merupakan aliran air banjir daripada Sungai Berang di Hulu Terengganu.
Beliau berharap pihak yang berkenaan dapat mendalamkan dasar di bahagian tepi sungai di kawasan tersebut supaya sangkar ikan mereka dapat dipindahkan ke situ.
"Sekarang ini kita terpaksa membina sangkar di kawasan tengah sungai kerana ikan air tawar hanya boleh hidup di kawasan air dalam. Namun arus sangat deras di kawasan tengah sungai terutama pada musim banjir," katanya yang kerugian kira-kira RM30,000 apabila tiga tan ikan patin dan tilapia yang diternaknya mati akibat banjir tersebut.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim menasihati golongan penternak yang terjejas akibat banjir supaya melaporkan kerugian yang dialami ke jabatan yang berkaitan, seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pihak polis.
Ia bagi membolehkan sebarang bentuk bantuan dapat disalurkan oleh kerajaan kepada penternak yang terkesan.
"Ambil gambar kejadian bencana, buat laporan kepada jabatan berkenaan dan buat laporan polis. Urusan seterusnya akan diuruskan di peringkat jabatan sama ada pertanian, veterinar, perikanan atau LKIM," katanya ketika dihubungi Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
Penternak ikan air tawar Mohd Zelan Mat, 55, hanya mampu melihat ikan patin yang diternaknya mati akibat banjir luar biasa melanda pada Ahad lepas semasa tinjauan di Kampung Beladau Selat hari ini. - Bernama
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
23 penternak rugi RM1.3 juta, ikan air tawar mati akibat banjir buruk
Arus deras dan berlumpur telah menyebabkan kematian ikan seperti tilapia dan patin yang diternak dalam sangkar.
Ternak lalat BSF protein tinggi, harga murah bantu penternak ayam, ikan
Kajian menunjukkan BSF mampu mengurangkan kos membeli makanan haiwan ternakan itu yang ada di pasaran.