Seramai 23 mangsa daripada 10 keluarga yang terjejas banjir di Batu Pahat, Johor dipindahkan ke pusat pemindahan akibat rumah dinaiki air.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat, banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam sejak jam 4 pagi.

Setakat ini, hanya satu kawasan yang terjejas iaitu Lorong Budin di Kilometer 31.5 Jalan Batu Pahat-Air Hitam.

Limpahan air dari sistem perparitan yang berdekatan dengan kawasan perumahan turut menyumbang kepada kenaikan paras air.

Sehingga kini, satu pusat pemindahan di Dewan PDK Lorong Telekom telah dibuka.