KUALA LUMPUR: Sejumlah 219,639 pelajar memulakan persekolahan sesi 2023/2024 di 292 sekolah kebangsaan dan menengah di Kuala Lumpur.
Jumlah itu termasuk pendaftaran baharu berjumlah 20,585 pelajar tahun satu dan 19,257 pelajar tingkatan satu.
Kuala Lumpur turut merekodkah 16,586 guru dan kakitangan sekolah yang memulakan khidmat pada hari pertama persekolahan.
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Norhayati Ab Wahab berkata, fokus minggu pertama persekolahan kali ini adalah menjalankan kaedah didik hibur dan aktiviti suai kenal di antara pelajar, guru-guru dan ibu bapa.
"Minggu ini kita laksanakan aktiviti keceriaan, perpaduan yang berunsurkan pembelajaran, motivasi dan sebagainya,
"Kami juga menyambut baik sebarang aktiviti yang ingin dianjurkan oleh sekolah yang berasaskan motivasi, kita juga boleh adakan aktiviti suai kenal dengan ibu bapa,
"Kita juga ingin beri fokus kepada murid tahun satu, kita ingin mengajar mereka cara menguruskan diri, dan belajar menjadi mandiri di sekolah," kata Norhayati.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan perhimpunan mingguan pertama Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik, di sini, hari ini.
Selain itu, pelbagai aktiviti minggu pertama telah dirangka oleh Jabatan Pendidikan dan pihak SK Desa Tasik untuk memastikan hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat diperkasakan.
Antara aktiviti terlibat termasuk pertandingan mewarna, simulasi buli, aktiviti senamrobik dan seni mempertahankan diri.
Semua sekolah yang tergolong dalam kumpulan B memulakan sesi persekolahan 2023/2024 pada hari ini.
Ia melibatkan negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
Fahmi Izuddin
Mon Mar 20 2023
![219,639 pelajar memulakan sesi persekolahan di Kuala Lumpur 219,639 pelajar memulakan sesi persekolahan di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679199158_MuridSekolah.jpg)
Pelbagai aktiviti minggu pertama telah dirangka oleh Jabatan Pendidikan dan pihak Sekolah untuk memastikan hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat diperkasakan. - Astro AWANI
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
![Pelajar tingkatan lima SMK Petra Jaya jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah Pelajar tingkatan lima SMK Petra Jaya jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611112778_PelajarJatuh.jpg)
Pelajar tingkatan lima SMK Petra Jaya jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya di sini bertukar tragedi apabila salah seorang pelajar jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.
![Kehadiran 'dinosaur' kejutkan murid SK Seri Relau Kehadiran 'dinosaur' kejutkan murid SK Seri Relau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546424072_SEKOLAH.jpg)
Kehadiran 'dinosaur' kejutkan murid SK Seri Relau
Murid-murid sekolah 'dikejutkan' dengan kehadiran beberapa ekor 'dinosaur' yang menyambut kehadiran mereka.
![Murid SK Permatang Badak teruja Pak Nil datang sekolah Murid SK Permatang Badak teruja Pak Nil datang sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71546418543_SEKOLAH.jpg)
Murid SK Permatang Badak teruja Pak Nil datang sekolah
Seramai 666 pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Badak diceriakan dengan kehadiran pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi, pada hari pertama sekolah hari ini.
![Kasut putih jadi pilihan disiplinkan murid Kasut putih jadi pilihan disiplinkan murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81546416353_SEKOLAH.jpg)
Kasut putih jadi pilihan disiplinkan murid
Tatkala ramai ibu bapa menggayakan kasut sekolah berwarna hitam kepada anak-anak mereka, namun masih ada yang memilih untuk memakai kasut putih.
![Tiga pasang kembar seiras curi tumpuan hari pertama sekolah Tiga pasang kembar seiras curi tumpuan hari pertama sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71514895866_Kembarseiras.jpg)
Tiga pasang kembar seiras curi tumpuan hari pertama sekolah
Tiga pasangan kembar seiras mencuri tumpuan pada hari pertama persekolahan di SK Silibin di Ipoh, Perak hari ini.
![Wow! Comelnya gelagat anak selebriti ke sekolah Wow! Comelnya gelagat anak selebriti ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71514880013_sekolah-anak-header.jpg)
Wow! Comelnya gelagat anak selebriti ke sekolah
Kami kongsikan adegan menarik yang sempat dirakamkan menerusi lensa kamera selebriti sempena hari pertama Sesi Persekolahan Tahun 2018.
!['Ku Serah Padamu': Sekolah tanpa kehadiran ibu bapa di SK Minden Height 'Ku Serah Padamu': Sekolah tanpa kehadiran ibu bapa di SK Minden Height](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61514885702_kuserahpadamu.jpg)
'Ku Serah Padamu': Sekolah tanpa kehadiran ibu bapa di SK Minden Height
Menerusi program ini, semua ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak mereka di perkarangan pintu pagar sekolah.