KOTA BHARU: Semua 21 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini ditutup secara rasmi pada 31 Mei lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Beliau berkata bagaimanapun tiga PKRC di fasiliti kesihatan di Hospital Pasir Mas, Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) masih dikekalkan dan diletakkan dalam mod sedia.
Katanya, tindakan penutupan PKRC terlibat dilakukan selepas pihaknya mengambil kira negara telah berada pada fasa peralihan ke endemik selain kes harian COVID-19 di Kelantan juga hanya merekodkan sekitar dua digit, sejak sebulan lalu.
"Setakat ini PKRC awam telah ditutup dan hanya tiga PKRC di fasiliti kesihatan sahaja masih dikekalkan itu pun tiada pesakit. Ia akan digunakan semula sekiranya berlaku peningkatan pesakit COVID-19.
"Namun setakat ini, kami menjangkakan tidak akan berlaku peningkatan mendadak daripada kes COVID-19. Malah, selepas Hari Raya Aidilfitri lalu juga tidak menunjukkan peningkatan mendadak, hanya bawah 20 kes baharu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) , di sini malam tadi, yang turut dihadiri Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir.
Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 56 petugas kesihatan awam, swasta, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan petugas di Jabatan Penjara Kelantan bagi menghargai jasa mereka yang membantu sepanjang pembukaan PKRC di Kelantan sebelum ini.
Mengulas mengenai perkembangan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) Dr Zaini berkata setakat ini Kelantan merekodkan kes kumulatif sebanyak 5,500 kes.
"Setakat beberapa hari ini trend kes HFMD menunjukkan hanya trend mendatar dan tidak meningkat. Semalam kami merekodkan sekitar 100 kes sehari dan setakat ini lima taska masih ditutup membabitkan kawasan Kota Bharu dan Tanah Merah.
"Dari segi pemantauan setakat ini kami lihat kes-kes ini tidak serius dan hanya menunjukkan gejala ringan serta tiada kes yang memgalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan insentif," katanya.
Ujar beliau lagi, JKNK juga ingin menasihatkan ibu bapa, terutamanya yang mempunyai anak kecil supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa menjaga kebersihan bagi membendung penularan kes HFMD di negeri ini daripada terus meningkat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022

PKRC di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian ketika beroperasi bulan lalu. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.