IPOH: Sebanyak 21 kes pecah rumah dilaporkan di negeri ini sepanjang tempoh Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dilaksanakan pada 29 April hingga 8 Mei lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid bagaimanapun berkata, kes tersebut membabitkan mangsa yang tidak memaklumkan ketiadaannya di rumah kepada pihak polis.
Beliau berkata, tiada kes pecah rumah dilaporkan bagi kediaman yang ditinggalkan serta dimaklumkan kepada pihak polis ketika musim perayaan.
"Pihak polis telah menamatkan Op Selamat 18 pada 8 Mei lalu dengan menumpukan kepada keselamatan harta benda dan rumah kediaman serta mengurangkan kes kemalangan jalan raya.
"Sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Polis Perak telah menyeru orang ramai untuk mengisi borang 'balik kampung' di balai polis berdekatan atau menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
"Ia bagi memaklumkan ketiadaan penghuni di rumah bagi tujuan pemantauan pihak polis. Sepanjang musim perayaan baru-baru ini, tiada kes pecah rumah yang berlaku di kediaman yang ditinggalkan di atas tindakan pemantauan terhadap rumah yang dilaporkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mior Faridalatrash berkata sebanyak 16,570 saman telah dikeluarkan sepanjang tempoh Op Selamat 18.
Di samping itu, sebanyak 21 kes kemalangan maut dicatatkan, manakala jumlah kemalangan keseluruhan yang dilaporkan ialah sebanyak 1,578 kes.
"Saman yang dikeluarkan merangkumi pelbagai kesalahan jalan raya termasuk saman bagi enam kesalahan utama.
"Antara kesalahan yang menjadi fokus sewaktu Op Selamat 18 ialah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan tidak berhenti di lampu isyarat.
"Manakala bagi kesalahan menggunakan alat komunikasi semasa memandu, pesalah dikehendaki hadir ke mahkamah untuk perbicaraan," katanya lagi.
Beliau turut menzahirkan penghargaan di atas kerjasama orang ramai kepada pihak polis dalam menjaga keselamatan harta benda dan mematuhi undang-undang jalan raya.
Selain itu beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan pemanduan yang selamat dan berhemah sepanjang masa supaya kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.
Aida Aziz
Fri May 13 2022
![21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak 21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650071697_MiorFaridalathrash.jpg)
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid bagaimanapun berkata, kes tersebut membabitkan mangsa yang tidak memaklumkan ketiadaannya di rumah kepada pihak polis. - Gambar fail/BERNAMA
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
![Kes pecah rumah Kieda Crepe: Empat termasuk dua wanita ditahan Kes pecah rumah Kieda Crepe: Empat termasuk dua wanita ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Kes pecah rumah Kieda Crepe: Empat termasuk dua wanita ditahan
Kesemua mereka ditahan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi sejurus selepas selesai prosiding sebutan bagi satu kes pecah rumah di sana.
![Ahli kongsi gelap diberkas terbabit kegiatan pecah rumah Ahli kongsi gelap diberkas terbabit kegiatan pecah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694158941_handcuffed.jpg)
Ahli kongsi gelap diberkas terbabit kegiatan pecah rumah
Seorang lelaki disyaki ahli kongsi gelap diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di Taman Dagang Permai di sini pada Rabu.
![Tiga lelaki Bangladesh suspek pecah rumah ditahan Tiga lelaki Bangladesh suspek pecah rumah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689243273_handcuff.jpg)
Tiga lelaki Bangladesh suspek pecah rumah ditahan
Polis menahan tiga lelaki warga Bangladesh kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah seorang warga emas di Taman Cheras Indah, bulan lepas.
![Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673472233_BekasBanduan.jpg)
Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.
![Tiada laporan pecah rumah mangsa banjir di Perak Tiada laporan pecah rumah mangsa banjir di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671692886_TBbanjirperak.jpg)
Tiada laporan pecah rumah mangsa banjir di Perak
Anggota polis sudah diarah melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan dikenal pasti terjejas akibat banjir.
![Polis Ipoh tumpu banteras kes pecah rumah Polis Ipoh tumpu banteras kes pecah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657691923_KetuaPolisDaerahI.jpg)
Polis Ipoh tumpu banteras kes pecah rumah
Peningkatan kes pecah rumah berlaku selepas pergerakan merentasi sempadan dibenarkan mulai April lalu.
![Penganggur warga asing pecah rumah ditahan Penganggur warga asing pecah rumah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654810430_PecahRumah.jpg)
Penganggur warga asing pecah rumah ditahan
Polis merampas 12 utas jam pelbagai jenama, tiga buah kamera serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.
![21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak 21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650071697_MiorFaridalathrash.jpg)
21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak
Sebanyak 21 kes pecah rumah dilaporkan di Perak sepanjang tempoh Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dilaksanakan pada 29 April hingga 8 Mei lalu.
![Enam ahli kumpulan pecah rumah aktif di lima negeri ditahan polis P. Pinang Enam ahli kumpulan pecah rumah aktif di lima negeri ditahan polis P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649070043_RahimiRaaisSAC.jpg)
Enam ahli kumpulan pecah rumah aktif di lima negeri ditahan polis P. Pinang
Kumpulan ini terlibat dalam kes pecah rumah di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur sejak awal Januari lepas.
!['Telenovela' pecah masuk rumah: Empat warga Amerika Latin dihukum penjara setahun 'Telenovela' pecah masuk rumah: Empat warga Amerika Latin dihukum penjara setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51465985165_Pecahrumah.jpg)
'Telenovela' pecah masuk rumah: Empat warga Amerika Latin dihukum penjara setahun
Mereka memecah masuk rumah sekitar Taman TTDI, Shah Alam, Bukit Rahman Putra dan Saujana Resort yang melibatkan jumlah kerugian sekitar RM165,000.