KUALA LUMPUR:Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) meraikan kejayaan cemerlang 209 usahawan yang berjaya menamatkan Program Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) kohort 1 melalui Majlis Graduasi secara dalam talian.
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, INSKEN akan sentiasa tampil ke hadapan untuk membantu usahawan bangkit semula dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19 khususnya dalam program bimbingan seumpama ini.
"Selepas empat bulan bermula Julai hingga November 2020, usahawan yang mengikuti program yang terdiri daripada latihan dan bimbingan mencatat 29 peratus peningkatan jualan purata dan 507.17 peratus lonjakan jualan tertinggi direkodkan oleh salah seorang peserta E-Board kohort 1 ini.
"Program E-Board merupakan latihan dan bimbingan yang terbaik bagi mempersiapkan usahawan menghadapi norma baharu selepas pandemik COVID-19.
"Ia sangat penting untuk membantu kesemua golongan usahawan termasuklah kategori mikro mahupun informal bersedia ke arah ekonomi digital," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Namun begitu jelas Wan Junaidi, usaha itu bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan golongan tidak mahir dengan penggunaan teknologi dan perniagaan secara dalam talian.
"Usahawan dari kategori ini bukan sahaja perlu diberi latihan malah harus dibimbing secara holistik dan dipantau bagi memastikan skala serta kemahiran perniagaan dapat ditingkatkan untuk berdepan dengan pelbagai cabaran yang bakal mendatang.
"Lebih banyak proses “hand holding” seumpama program E-Board ini perlu dilaksanakan. Oleh itu, syabas dan tahniah diucapkan kepada INSKEN kerana berjaya membimbing usahawan-usahawan untuk berhijrah ke platform digital, sekali gus dapat melonjakkan hasil jualan dengan cemerlang," jelasnya.
Pada masa sama, keberkesanan program itu turut disambut baik oleh salah seorang usahawan yang mengambil pendekatan drastik melakukan tranformasi ke arah digital sejurus perniagaannya terkesan akibat COVID-19.
Semenjak bermulanya kohort 1 program itu pada Julai 2020, pemilik Pusat Pembangunan Ilmu, Teratak Ilmu, Widad Fitriah telah berjaya melonjakkan jualan tertinggi pada Oktober 2020 iaitu sebanyak 525 peratus dalam tempoh tiga bulan bimbingan dijalankan.
Di akhir program, beliau masih mengekalkan pencapaian tertinggi iaitu 507.17 peratus.
Menurut pemilik SFI Niaga, Shamsol Fahimy yang merupakan usahawan pembekal perabot pejabat dan sekolah, beliau hilang punca pendapatan empat bulan berturut-turut ketika bermulanya pandemik COVID-19.
Namun, selepas menyertai program E-Board pada bulan Julai 2020, hasil jualan mula dicipta dan meningkat setiap bulan dengan hanya menggunakan platform WhatsApp.
Di akhir program, beliau mencatatkan 463.04 peratus peningkatan jualan keseluruhan.
Beliau juga merupakan peserta alumni Bumiputera Business Enhancement Programme (BBEP) dan sering mengikuti pelbagai program latihan keusahawanan anjuran INSKEN.
Dalam pada itu, pemilik Hyzu Florist, Hyzurahidayu Haizam pula menjelaskan, bimbingan yang diberikan setiap bulan dapat memastikannya berada di landasan yang betul.
Selain itu, penggunaan bahasa serta sesi bimbingan berkonsepkan tidak terlalu formal membuatkan beliau mudah memahami ilmu yang dicurahkan dan terus dapat dipraktikkan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin menyatakan, majlis graduasi itu bukanlah penamat bagi perjalanan seorang usahawan.
"Kita membuka peluang kepada usahawan untuk terus menyertai program anjuran INSKEN kerana seorang usahawan berjaya tidak akan pernah berhenti menuntut ilmu untuk diaplikasikan dalam perniagaannya.
"Penggunaan landasan digital untuk pemasaran dan penjualan produk memainkan peranan penting bagi membolehkan peningkatan keuntungan jualan," katanya dalam Majlis Graduasi Program E-Board kohort 1 secara dalam talian.
Program itu mendapat penyertaan tinggi dari usahawan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dengan pecahan peserta lelaki seramai 99 individu (39 peratus) dan 151 wanita (61 peratus) dari tiga industri iaitu pembuatan (53 peratus), perkhidmatan (45 peratus) dan agrikultur (3 peratus).
Inisiatif penganjuran program E-Board ini sejajar saranan Wan Junaidi dengan memberi fokus untuk memperkukuhkan kemampuan dan kapasiti usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam pengunaan platform secara dalam talian.
Kohort kedua program ini sedang dijalankan dan 250 usahawan sedang dilatih untuk meningkatkan hasil jualan melalui platform secara dalam talian.
Manakala kohort ketiga program ini telah dibuka untuk pendaftaran.
Maklumat lanjut mengenai program latihan keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my.
Astro Awani
Tue Jan 26 2021
Kata Wan Junaidi, program E-Board merupakan latihan dan bimbingan yang terbaik bagi mempersiapkan usahawan menghadapi norma baharu selepas pandemik COVID-19. - Gambar INSKEN
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.
Ucap tahniah, Wan Junaidi beri 'pesanan' kepada Kerajaan Perpaduan
Wan Junaidi berharap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan sinergi yang kuat.
PRU15: Wan Junaidi, Rohani dijangka gugur, GPS tampil 14 muka baharu
Dua tokoh veteran merupakan antara tiga nama yang bakal digugurkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.
RUU Sumbangan Dana Politik dibentang Nov ini, libat urus 28 Sept
Bacaan Pertama RUU berkenaan dijangka dibuat pada awal November disusuli dengan Bacaan Kedua pada hujung bulan sama.
Kabinet setuju secara prinsip tiga perkara reformasi Parlimen - Wan Junaidi
Jemaah Menteri pada 1 Jun telah bersetuju secara prinsip dengan tiga perkara dalam cadangan reformasi Parlimen.
Dewan Rakyat: RUU kecualikan kerabat diraja daripada mengundi diluluskan
RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Tubuhkan jabatan khas tangani masalah tuntutan sempadan negara - Pakar
Penubuhan jabatan tersebut adalah penting bagi membolehkan pemerhatian secara jelas selain dapat menangani masalah tersebut dengan lebih cepat.
Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu
Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 membatalkan pelantikan Penimbang Tara yang menguruskan tuntutan itu.
Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019.
Kerajaan akan kaji semula undang-undang kebankrapan - Wan Junaidi
Beliau sedang berbincang dengan pegawainya serta Ketua Pengarah Insolvensi supaya mewujudkan undang-undang yang lebih baik dan mesra kepada masyarakat.