SHAH ALAM: Sebanyak 200 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas ditawarkan kerajaan secara percuma khusus kepada golongan B40 di negeri Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata jumlah tersebut merupakan penambahan kepada 500 lesen PSV bas yang ditawarkan kerajaan menerusi program MyPSV yang dilancarkan minggu lepas.
Loke menjelaskan tawaran kepada golongan B40 yang dikhususkan kepada Pahang, Terengganu dan Kelantan itu dibuat bukan kerana Kelantan dan Terengganu akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, sebaliknya ia merupakan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diperuntukkan daripada agensi kerajaan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
Menurutnya negeri-negeri tersebut dipilih kerana MRL terlibat dengan pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dan dana CSR tersebut difikirkan selayaknya perlu dikembalikan kepada penduduk di negeri Pantai Timur.
"Ia merupakan dana lebihan yang diperoleh daripada faedah bank yang boleh kita salurkan untuk dijadikan peruntukan CSR bagi membantu rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Berkapasiti Tinggi, milik Konsortium E-Mutiara Bhd, di sini hari ini.
Justeru katanya beliau mengharapkan kerjasama daripada syarikat bas yang mengendalikan perjalanan dari Lembah Klang ke negeri-negeri Pantai Timur untuk bersama-sama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan inisiatif tersebut.
"Ini supaya kita dapat padankan bakal-bakal pemandu bas ini dengan syarikat bas berkenaan bagi memastikan sebaik sahaja mereka tamat latihan, akan terus terima tawaran kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Loke berkata jumlah tersebut merupakan penambahan kepada 500 lesen PSV bas yang ditawarkan kerajaan menerusi program MyPSV yang dilancarkan minggu lepas. - Gambar fail

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

200 lesen bas PSV percuma ditawarkan kepada golongan B40 di Pantai Timur
Sebanyak 200 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas ditawarkan kerajaan secara percuma khusus kepada golongan B40 di negeri Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Mansuh meter teksi? Biasakan dulu guna aplikasi e-hailing - Loke
Pemandu teksi harus menitikberatkan kepuasan penumpang supaya perkhidmatan mereka akan terus mendapat permintaan.