GEORGE TOWN: Dua puluh warga emas antara 97 individu ditahan kerana terlibat kegiatan perjudian dalam 14 serbuan menerusi Op Limau 2024 dilaksanakan selama 10 hari bermula 15 Feb lepas.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Jusof Jan Mohamad berkata Op Limau 2024 dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi membanteras kegiatan perjudian dan pelacuran di negeri itu.
Beliau berkata dalam operasi aktiviti perjudian, sebanyak 10 lokasi dalam bangunan dan empat kawasan di tempat bebas telah diserbu sebelum menahan 97 individu berusia 18 hingga 75 tahun.
"Daripada jumlah itu, 20 orang adalah warga emas dan 35 individu yang ditahan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah. Polis turut merampas pelbagai barangan yang digunakan dalam kegiatan perjudian dan wang tunai sebanyak RM40,197," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, kesemua mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1) dan 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Mohamed Usuf dalam serbuan pelacuran atau noda, JSJ Pulau Pinang melakukan 46 serbuan terhadap premis disyaki menjalankan kegiatan pusat hiburan tanpa lesen dan memberi khidmat pelayan serta pelacuran di seluruh negeri.
Hasil serbuan, polis menahan 73 individu termasuk 47 wanita terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang kesemuanya berusia 20 hingga 60 tahun serta merampas pelbagai barang dan wang tunai RM3,345.
"Kesemua yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mecari langganan bagi maksud persundalan dan Seksyen 6(1) Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1988," katanya.
Beliau berkata warga asing yang ditahan turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963.
Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, polis Pulau Pinang merekodkan 254 serbuan menerusi Op Noda dengan 376 individu ditahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Mohamed Jusof berkata, berkata dalam operasi aktiviti perjudian, sebanyak 10 lokasi dalam bangunan dan empat kawasan di tempat bebas telah diserbu sebelum menahan 97 individu berusia 18 hingga 75 tahun. - Gambar hiasan/Unsplash

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

Judi: Polis Sabah rampas lebih RM100,000, tangkap 93 orang
Sebanyak 12 serbuan telah dijalankan di bawah Op Limau, sempena Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.