JERANTUT: Seramai 20 orang yang terdiri daripada ahli sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Tahan termasuk penduduk Orang Asli etnik Bateq menganggotai pasukan Nature Lifeguard yang pertama di negara ini di Taman Negara, Kuala Tahan, dekat sini.
Penubuhan pasukan Nature Lifeguard berkenaan adalah untuk menjalankan tugasan demi kepentingan menjaga keselamatan pelancong yang melawati pusat peranginan hutan tropika berusia 130 juta tahun itu.
Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, Datuk Seri Sh. Mohamed Puzi Sh. Ali berkata, pasukan Nature Lifeguard di bawah APM Pahang itu merupakan nilai tambah terhadap pembangunan industri pelancongan Taman Negara dan negeri ini khususnya bagi menangani aspek keselamatan darat dan air sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
"Anggota pasukan ini dilatih dengan kemahiran asas pertolongan cemas, berenang, menyelamat di air dan daratan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kemahiran mengendalikan bot selain penyelamatan. Ini turut meningkatkan lagi keyakinan lebih tinggi kepada pelancong yang berada di sini berasa selamat.
"Kita sedar berasaskan pengalaman banjir 2014 termasuk kejadian banjir tahun berikutnya serta malapetaka yang berlaku di darat (hutan) menyebabkan APM meningkatkan kesiapsiagaan untuk tugas menyelamat dengan menubuhkan pasukan tersebut,” katanya di Kuala Tahan dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin melancarkan pasukan Nature Lifeguard APM di Kuala Tahan dekat sini.
Turut hadir Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman.
Sempena majlis pelancaran itu, Sh. Mohamed Puzi turut menyampaikan sebuah enjin dan perahu sumbangan Malaysian Consultative Council of Islamic Organisation Malaysia (MAPIM) kepada pasukan Nature Lifeguard dan sukarelawan JPAM Kuala Tahan untuk kegunaan kerja menyelamat dan menghantar bantuan.
"Sekiranya pasukan Nature Lifeguard berada berdekatan tempat kejadian, tindakan menyelamat dapat dipercepatkan sekali gus pengurangan masa untuk tindak balas kecemasan serta risiko kecederaan dan bahaya tertentu kepada mangsa dapat dikurangkan.
“Ini cukup memberikan manfaat kepada pelancong luar serta pelawat domestik yang saban hari menunjukkan peningkatan singgah di Taman Negara malahan lebih meyakinkan mereka untuk menjalani aktiviti riadah khususnya aktiviti ekstrem di air dan darat,” katanya.
Katanya, pasukan Nature Lifeguard sudahpun dominan di negara Barat yang mempunyai banyak pusat pelancongan serta dikunjungi ramai pelawat untuk melakukan aktiviti bercorak ekstrem dan Pahang mengambil langkah yang proaktif untuk memperkemaskan aspek keselamatan dan penyelamatan.
"Tourism Pahang berharap kerajaan negeri dan APM akan menambah kelengkapan dan logistik seperti bot serta peralatan menyelamat dari masa ke semasa serta melatih ramai ahli sukarelawan untuk menyertai pasukan Nature Lifeguard pada masa akan datang.
"Kita juga mencadangkan sebuah pusat lojistik dan pentabiran di Kuala Tahan untuk menempatkan peralatan menyelamat, tempat latihan, penerangan dan maklumat dan sebagainya daripada kerajaan negeri dan Pejabat Daerah dalam usaha memperkemaskan pengurusan pasukan tersebut termasuk Sukarelawan APM," katanya.
Amir Hamzah Nordin
Sat Jun 11 2022
![20 sukarelawan APM anggotai pasukan Nature Lifeguard pertama di Malaysia 20 sukarelawan APM anggotai pasukan Nature Lifeguard pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654946712_TBJPAM.jpg)
Gimik penyelamatan anggota APM memberi bantuan awal kepada 'mangsa' lemas di Sungai Tembeling, hari ini. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![20 sukarelawan APM anggotai pasukan Nature Lifeguard pertama di Malaysia 20 sukarelawan APM anggotai pasukan Nature Lifeguard pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654946712_TBJPAM.jpg)
20 sukarelawan APM anggotai pasukan Nature Lifeguard pertama di Malaysia
Pasukan Nature Lifeguard di bawah APM Pahang itu merupakan nilai tambah terhadap pembangunan industri pelancongan Taman Negara.