KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 projek perumahan swasta 'sakit' membabitkan 1,784 unit rumah berjaya diselesaikan sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), setakat 28 Feb lepas.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata dalam tempoh itu juga Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenal pasti 145 projek perumahan swasta yang lewat dan 436 projek sakit daripada sejumlah 3,117 projek perumahan swasta berlesen.
Beliau berkata statistik terkini susulan mesyuarat Task Force Bil 3/2023 pada 15 Mac lepas itu menunjukkan berlakunya pengurangan projek sakit berbanding 31 Jan lepas yang melibatkan sejumlah 166 projek perumahan swasta lewat dan 437 projek sakit.
"Selain itu, enam projek sakit melibatkan 2,241 unit telah dipantau dengan rapi sehingga ia dikategorikan sebagai projek lancar. Ini merupakan pencapaian positif sejak penubuhan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan statistik bagi projek perumahan swasta lancar, lewat dan sakit sentiasa mengalami perubahan status kemajuan bagi setiap bulan berikutan data yang dinamik serta pertambahan projek baharu yang dilesenkan.
Akmal berkata terdapat lima projek terbengkalai yang kini berjaya dikeluarkan daripada senarai kategori tersebut antaranya Dolomite Park Avenue di Gombak, Taman Petaling Utama di Selangor, Casa Melati di Gombak, dan Lot 5918-5927 Mukim Bukit Besar, Kuala Terengganu.
Menurutnya kejayaan itu menjadikan status terkini projek perumahan swasta terbengkalai adalah 110 projek melibatkan 23,563 unit rumah dan 13,931 orang pembeli.
"Antara kaedah pemulihan projek terbengkalai yang dilaksana KPKT adalah memastikan penyiapan projek sehingga memperoleh CCC, penyelesaian pembeli dan penukaran pemajuan," katanya.
Sementara itu, beliau memaklumkan KPKT juga telah diluluskan peruntukan pembangunan (DE) tambahan 'one off' berjumlah RM20 juta yang disasarkan untuk memulihkan projek terbengkalai bagi rumah siap diduduki tetapi tanpa perolehan CCC.
"Oleh itu, KPKT mengharapkan komitmen daripada kerajaan negeri untuk mengenal pasti projek yang sesuai dan berupaya untuk dipulihkan pada tahun ini bagi memelihara kesejahteraan pembeli rumah yang terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023
Statistik terkini susulan Mesyuarat Task Force Bil 3/2023 menunjukkan berlakunya pengurangan projek sakit berbanding 31 Jan lepas. - Gambar fail/Bernama
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
20 projek perumahan 'sakit' berjaya diselesaikan setakat Februari - Akmal
Sebanyak 20 projek perumahan swasta 'sakit' membabitkan 1,784 unit rumah berjaya diselesaikan sehingga menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), setakat 28 Feb lepas.