SUNGAI PETANI: Seramai 20 bekas pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Merbok di sini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas rakan sekolah mereka pada Oktober 2020.
Kesemua tertuduh yang berumur antara 18 dan 19 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Nadhirah Abdul Rahim selepas pertuduhan itu dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika itu masing-masing berumur antara 16 dan 17 tahun dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas rakan sekolah mereka berusia 16 tahun semasa kejadian di kawasan asrama sekolah antara pukul 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada 27 Okt 2020.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama iaitu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeya manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nurliyana Mohd Radzi.
Majistret kemudiannya menetapkan 10 Ogos depan untuk pendengaran laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jun 22 2022
Gambar menunjukkan sebahagian daripada 20 bekas pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Merbok didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas rakan sekolah mereka pada Oktober 2020. - Gambar Astro AWANI
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
20 bekas pelajar mengaku bersalah pukul rakan sekolah
Kesemua mereka dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas rakan sekolah mereka berusia 16 tahun semasa kejadian.