Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman web yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,611 ialah laman 'Phishing' (laman web bank palsu); kandungan lucah (103); dan kandungan yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (10).
Turut disekat 15 laman web yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah; Akta Rahsia Rasmi (dua); Kanun Keseksaan (dua); Akta Hasutan (satu); dan lain-lain (sembilan).
"Setakat ini, SKMM sedang menyiasat 10 laman web," katanya kepada Bernama di sini.
Zulkarnain berkata Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan polis dan agensi penguatkuasa lain di dalam dan luar negara dalam penguatkuasaan undang-undang penyalahgunaan media sosial di negara ini.
Sepanjang Januari sehingga Oktober tahun ini, beliau berkata Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan (JPS) SKMM menerima 268 aduan yang disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Daripada jumlah aduan yang diterima, 108 aduan adalah laporan polis yang dirujuk kepada JPS. Jenis aduan yang dirujuk oleh PDRM ialah kandungan palsu 35 peratus, sumbang (23 peratus), mengancam (14 peratus), jelik (15 peratus), lucah (10 peratus) dan lain-lain yang bukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (11 peratus)," katanya.
Beliau berkata aduan yang paling banyak diterima SKMM ialah berhubung akaun palsu atau penyamaran, termasuk penyalahgunaan maklumat dan data peribadi, penyebaran fahaman atau ajaran sesat dan 'love scam'.
Sementara itu, Zulkarnain berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2012, Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta Perdagangan Strategik 2010 untuk menangani jenayah siber dan penyalahgunaan laman sosial adalah mencukupi.
Namun begitu, beliau berkata SKMM menghadapi cabaran dalam penguatkuasaan dan pendakwaan, khususnya dalam pembuktian kes jenayah siber.
"SKMM juga berdepan dengan pengendali laman sosial yang enggan membekalkan maklumat kerana individu yang melanggar peruntukan undang-undang di Malaysia tidak semestinya menjadi satu kesalahan di negara pengendali laman web itu.
"Selain itu, SKMM juga berdepan dengan cabaran mengesan individu yang menyalahguna media sosial dengan menggunakan wifi percuma di tempat awam kerana penyedia perkhidmatan tiada log transaksi," katanya.
Selain mendapatkan maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, beliau berkata SKMM perlu membuat analisa forensik ke atas alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba yang membolehkan siasatan dijalankan.
"Ini merupakan antara cabaran yang dihadapi SKMM namun begitu orang ramai masih tidak faham dan menyalahkan SKMM leka dalam siasatan dan gagal menyelesaikan kes," katanya.
Bernama
Wed Nov 06 2013
![2,753 laman web disekat dalam tempoh Januari-Oktober tahun ini 2,753 laman web disekat dalam tempoh Januari-Oktober tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41383726850_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kes Iki Putra cabar keabsahan enakmen syariah - MUIS Kes Iki Putra cabar keabsahan enakmen syariah - MUIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691213031_tbZamri.jpg)
Kes Iki Putra cabar keabsahan enakmen syariah - MUIS
Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyifatkan perkembangan kes Iki Putra Mubarak sebagai mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah.
![#MalaysiaMemilih: Perlis, Kedah dan Selangor sasaran Pas #MalaysiaMemilih: Perlis, Kedah dan Selangor sasaran Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/41502794073_Muktamar.jpg)
#MalaysiaMemilih: Perlis, Kedah dan Selangor sasaran Pas
Pas berhasrat meneruskan pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah di Terengganu yang pernah diluluskan ketika parti itu mentadbir negeri tersebut pada 2002.
![Kerajaan N.Sembilan puas hati Mahkamah Persekutuan benar rayu kes transgender Kerajaan N.Sembilan puas hati Mahkamah Persekutuan benar rayu kes transgender](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41368102569_295x200.jpg)
Kerajaan N.Sembilan puas hati Mahkamah Persekutuan benar rayu kes transgender
Kerajaan Negeri Sembilan berpuas hati apabila berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes transgender.
![Isu mak nyah: Mahkamah Rayuan tidak timbang tiga perkara mengenai Islam Isu mak nyah: Mahkamah Rayuan tidak timbang tiga perkara mengenai Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61415841874_295x200.jpg)
Isu mak nyah: Mahkamah Rayuan tidak timbang tiga perkara mengenai Islam
Adalah menggusarkan apabila penghakiman tidak mengambil kira sekurang-kurangnya tiga hal utama yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam merumuskan hujah penghakiman.
![Enakmen negeri-negeri terhadap transgender belum terbatal, kata peguam Enakmen negeri-negeri terhadap transgender belum terbatal, kata peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51415354723_295x200.jpg)
Enakmen negeri-negeri terhadap transgender belum terbatal, kata peguam
Keputusan Mahkamah Rayuan hanya beri peluang kepada mereka yang didakwa di bawah peruntukan sama mencabar pendakwaan tersebut.