Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai kaitan dengan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memandangkan syarikat itu tidak dinamakan dalam saman berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sehubungan itu jelas menunjukkan 1MDB tidak mempunyai aset di AS.
"Dalam saman tersebut, 1MDB tidak dinyatakan. Jadi, secara langsungnya 1MDB tidak terlibat," jelas Datuk Seri Najib.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Datuk Seri Najib juga berkata beliau mahu mengelakkan membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil DOJ tersebut yang banyak mendapat perhatian pelbagai pihak sejak ia didedahkan baru-baru ini.
Terdahulu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata DOJ patut sekurang-kurangnya berusaha menghubungi pihak 1MDB bagi mendengar penjelasan mereka daripada hanya bersandarkan laporan portal berita (Sarawak Report).
BACA: 1MDB: Tiada tuntutan tindakan salah laku jenayah dalam laporan DOJ - PM
BACA: 'Beri laluan DOJ lakukan siasatan'
BACA: Kerajaan harus bersikap telus dalam siasatan 1MDB - Perkasa
BACA: Laporan DOJ: Kerajaan, 1MDB perlu jadi pencelah kalau tidak bersalah
Menyifatkan amat tidak wajar bagi Peguam Negara Amerika Loretta Lynch menggunakan bahasa begitu tegas dalam situasi apabila beliau sendiri tidak pasti sama ada terdapat kes atau tidak, katanya 'pertuduhan belum diputuskan’ namun telah memberikan pandangan prejudis terhadap Datuk Seri NajibTun Razak, kerajaan Malaysia dan 1MDB.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan jika terdapat unsur jenayah dalam kes saman sivil oleh DOJ yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihaknya tidak akan campur tangan memandangkan ia merupakan kes sivil.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Lembaga Pengarah syarikat pada Selasa, 1MDB yakin bahawa tiada salah laku dibuat oleh pihak 1MDB dan penyata kewangan sebelum ini terus menunjukkan hal ehwal syarikat yang benar dan adil.
1MDB juga turut komited untuk mendapatkan auditor baharu untuk 1MDB bagi menggantikan Deloitte, yang sebelum ini menytaakan hasrat untuk berundur pada 26 Februari 2016.
"Sehingga juruaudit baharu dilantik, Deloitte akan kekal sebagai juruaudit,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, Deloitte akan terus mengaudit anak syarikat utama 1MDB, termasuk, tetapi tidak terhad kepada TRX City Sdn. Bhd. (yang pernah dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd), Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Edra Bhd.
Pada 20 Julai 2016, pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa DOJ memfailkan aduan rampasan sivil ke atas entiti dan individu tertentu dan secara serentak memfailkan tindakan bagi membolehkan rampasan sivil aset tertentu atas nama pihak terlibat.
Astro Awani
Fri Jul 29 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sehubungan itu jelas menunjukkan 1MDB tidak mempunyai aset di AS. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
1MDB tidak disebut dalam saman sivil DOJ, jelas ia tidak terlibat - Perdana Menteri
Syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB tidak mempunyai kaitan dengan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memandangkan syarikat itu tidak dinamakan dalam saman tersebut.