1MDB: Keterangan Najib dirakam di bawah Amla
Sinar Harian
Ogos 27, 2018 14:47 MYT
Ogos 27, 2018 14:47 MYT
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dirakam percakapan berhubung skandal 1MDB di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla).
Difahamkan ahli Parlimen Pekan itu hadir hadir ke Menara 238, Jalan Tun Razak pada jam 10 pagi tadi.
Percakapan beliau dirakam kira-kira satu jam oleh pasukan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman.
Terdahulu, Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya membuat siasatan bermula 21 Mei hingga 25 Jun lalu bagi proses pengiraan barang rampasan di enam premis.
Pada 30 Jun lalu, pasukan siasatan itu mengesahkan pihaknya akan menerima barang rampasan 75 beg yang dikaitkan dengan isu 1MDB dan proses penyerahan itu akan diserahkan JSJK Bukit Aman.