JELEBU: Jabatan Penjara akan membina 19 kluster dadah atau penempatan khas di penjara yang bertindak sebagai model pengurusan program pemulihan dadah bagi menyelesaikan isu kesesakan dalam penjara di negara ini.
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abd Razak berkata bermula dengan projek rintis iaitu dua penempatan khas dibina di Penjara Sungai Buloh dengan kapasiti 1,000 banduan dan sebuah lagi di Penjara Kajang dengan kapasiti 500 banduan yang mempunyai kes berkaitan dadah.
"Kerajaan telah meluluskan pembinaan kluster dadah ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Menerusi projek tersebut, semua kesalahan dadah yang perlu menjalani pemulihan secara intensif di sini dan pihak penjara akan tempatkan banduan ini dalam kluster dadah tersebut.
"Kesalahan dadah dalam penjara melibatkan 60 peratus daripada keseluruhan banduan di negara ini, jumlah tersebut adalah faktor utama kesesakan dalam penjara. Pembinaan kluster dadah ini juga dapat meningkatkan keberkesanan pemulihan dalam kalangan banduan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Terapi Komuniti di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu di sini hari ini.
Menurut beliau, program pemulihan dadah di penempatan khas itu mengikut tempoh hukuman penjara ditetapkan oleh mahkamah bagi setiap banduan.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata Pusat Terapi Komuniti adalah satu modaliti berasaskan pembuktian yang dicadangkan dalam garis panduan pelaksanaan program pemulihan dadah mengikut Piawaian Antarabangsa Untuk Rawatan Penyalahgunaan Dadah oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) .
Katanya, sebanyak 20 institusi penjara melaksanakan modaliti tersebut sejak diperkenalkan di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang pada 1992.
Beliau berkata Jabatan Penjara menetapkan empat matlamat utama penubuhan Pusat Terapi Komuniti ini iaitu melaksanakan program pemulihan dadah secara intensif dan fokus bagi mencapai kadar residivis yang rendah dalam kalangan pesalah dadah.
"Matlamat kedua ialah untuk mencapai Dasar Dadah Negara bagi mengurangkan kadar penagih dadah di negara ini dan ketiga ialah untuk menjadikan IPD Jelebu ini sebagai pusat latihan pelaksanaan program pemulihan dadah yang komprehensif di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Abdul Aziz (tiga, kiri) bertanya sesuatu kepada seorang banduan yang menjalani terapi diri di Pusat Terapi Komuniti Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, di Penjara Jelebu, hari ini.- Foto BERNAMA
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
19 kluster dadah dibina tahun depan - Abdul Aziz
Jabatan Penjara akan membina 19 kluster dadah atau penempatan khas di penjara yang bertindak sebagai model pengurusan program pemulihan dadah bagi menyelesaikan isu kesesakan dalam penjara.