KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan 19 aktivis yang menghadiri perhimpunan di sebuah restoran dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, setakat 8 malam ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata daripada jumlah tersebut, sembilan aktivis dikenal pasti menyertai perhimpunan di LRT Bangsar pada Sabtu lepas manakala bakinya adalah mereka yang hadir pada perhimpunan di sebuah restoran pada Jumaat.
Katanya, seramai 94 peserta dan aktivis serta 12 pengunjung awam di kenal pasti menghadiri perhimpunan di dua lokasi tersebut, namun tiada tangkapan dibuat.
"Keterangan daripada saksi dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah selepas arahan diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur.
"Gambar tempat kejadian, gambar aktivis yang memberikan ucapan dan video semasa perhimpunan juga telah dirakam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Amihizam berkata dua kertas siasatan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, Kanun Keseksaan dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 berhubung perhimpunan tersebut.
Katanya, siasatan mendapati perhimpunan tersebut dibuat sebagai tanda protes terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Terdahulu, beberapa aktivis dan pemimpin parti politik hadir pada 2.10 petang tadi dengan diwakili peguam masing-masing bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields susulan penyertaan mereka dalam himpunan #TangkapAzamBaki.
Antara yang hadir, Adam Adli Abdul Halim, Ketua Pemuda DAP Howard Lee, Naib Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Dr Thanussha Francis Xavier, Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz; Ketua Pejuang Muda, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin; Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Zubair Rahim dan Pengarah Strategik Pemuda Amanah, Asmaalif Abdul Adam.
"Polis menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022
![19 dipanggil beri keterangan berkait Himpunan #TangkapAzamBaki 19 dipanggil beri keterangan berkait Himpunan #TangkapAzamBaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643041616_TBamihizam.jpg)
Amihizam berkata, sembilan aktivis dikenal pasti menyertai perhimpunan di LRT Bangsar pada Sabtu lepas manakala bakinya adalah mereka yang hadir pada perhimpunan di sebuah restoran pada Jumaat. - Gambar fail
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![19 dipanggil beri keterangan berkait Himpunan #TangkapAzamBaki 19 dipanggil beri keterangan berkait Himpunan #TangkapAzamBaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643041616_TBamihizam.jpg)
19 dipanggil beri keterangan berkait Himpunan #TangkapAzamBaki
Polis telah mengambil keterangan 19 aktivis yang menghadiri perhimpunan di sebuah restoran dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, setakat 8 malam ini.
![Himpunan #TangkapAzamBaki beri kesan - Adam Adli Himpunan #TangkapAzamBaki beri kesan - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/81528781359_ADAMADLI.jpg)
Himpunan #TangkapAzamBaki beri kesan - Adam Adli
Ahli PKR itu mendakwa himpunan itu telah memberi kesan sehingga beberapa pemimpin pemuda Pakatan Harapan yang turut serta dalam himpunan pada Sabtu itu dipanggil untuk siasatan polis.
![Demonstrasi #TangkapAzamBaki: Henti intimidasi, siasat terhadap peserta - Anwar Demonstrasi #TangkapAzamBaki: Henti intimidasi, siasat terhadap peserta - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642422815_AnwarIbrahim.jpg)
Demonstrasi #TangkapAzamBaki: Henti intimidasi, siasat terhadap peserta - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu dilihat sebagai tekanan kepada para peserta.
![Peserta perhimpunan akur arahan, berpatah balik ke LRT Bangsar Peserta perhimpunan akur arahan, berpatah balik ke LRT Bangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642826862_Tangkap.jpg)
Peserta perhimpunan akur arahan, berpatah balik ke LRT Bangsar
Sepanjang lebih sejam, perhimpunan itu dilihat berjalan secara aman tanpa insiden tidak diingini.
![Perhimpunan Pentas Anak Muda: 12 aktivis antara 40 individu diperiksa polis Perhimpunan Pentas Anak Muda: 12 aktivis antara 40 individu diperiksa polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642818533_TBamihizam.jpg)
Perhimpunan Pentas Anak Muda: 12 aktivis antara 40 individu diperiksa polis
Mereka dipercayai berhimpun untuk mengajak orang ramai hadir pada perhimpunan yang dijadual pada Sabtu di LRT Bangsar.
![Isu Azam Baki: Aktivis Adam Adli dipanggil beri keterangan - Polis Isu Azam Baki: Aktivis Adam Adli dipanggil beri keterangan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642677039_AdamAdli.jpg)
Isu Azam Baki: Aktivis Adam Adli dipanggil beri keterangan - Polis
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki.