YAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 18 Januari 2022 sempena sambutan Hari Thaipusam.
Menurut beliau, keputusan itu dicapai selepas mendapat persetujuan didalam Mesyuarat Mingguna Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan hari ini (Rabu).
Sehubungan itu, beliau berharap keputusan itu memberikan kegembiraan kepada kumpulan masyarakat yang menyambut perayaan berkenaan.
Katanya, pelaksanaan cuti peristiwa itu perlu dipatuhi oleh semua pihak berdasarkan akta berkaitan.
"Kita sedang meniti laluan ke depan jadi (yang) ke belakang (keputusan tahun lalu), kita tak tengok dah. Cuti peristiwa yang (diberi sebenarnya) kena dibincang sebelum diberikan… cuti peristiwa bukan cuti tiap tiap tahun.
“(Ia) berdasarkan peristiwa (atau perayaan tertentu)… (selepas) sudah dapat kelulusan baru kita bagi, kita harap ini akan beri kegembiraan kepada penganut yang akan menyambut perayaan Thaipusam," kata Sanusi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Empangan Sabo kepada kontraktor di Titi Hayun di sini, pada Rabu.
Awal tahun ini, keputusan kerajaan negeri tidak memberikan cuti peristiwa pada Hari Thaipusam mencetuskan kontroversi dan rasa tidak puas hati terutama daripada pihak MIC dan DAP.
Dalam reaksinya, Menteri Besar menyifatkan keputusan itu bukannya satu tindakan yang berniat untuk menafikan hak penganut Hindu di negeri Kedah.
Sebaliknya, kata Sanusi, penganut agama Hindu masih boleh menyambut perayaan itu di mana sahaja dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 yang ditetapkan.
Abd Hadi Che Awang
Wed Dec 15 2021
Kerajaan negeri Kedah bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 18 Januari 2022 sempena sambutan Hari Thaipusam. - Gambar hiasan
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
18 Januari 2022 diumum cuti peristiwa sempena Thaipusam bagi negeri Kedah
Kerajaan negeri Kedah setuju berikan cuti peristiwa pada 18 Januari 2022 sempena sambutan Hari Thaipusam.