KUALA LUMPUR: Laman web tempahan hotel terkenal, Agoda mengumumkan sebanyak 174 penginapan di Malaysia tersenarai sebagai pilihan tertinggi bagi pelancong antarabangsa.
Ini melayakkan Malaysia berada di tangga kelima negara yang memenangi Anugerah Agoda Gold Circle (GCA) ke 14, baru-baru ini.
Menurut Agoda, Malaysia menduduki tempat kelima dengan 174 hotel paling mendapat perhatian ramai pelancong.
Anugerah Gold Circle tahun ini disampaikan kepada lebih daripada 2,000 hartanah dalam 41 pasaran sekali gus membuka peluang perjalanan dikenali di peringkat antarabangsa.
Selain Malaysia, Thailand mengekalkan tempat teratas untuk tahun keempat berturut -turut manakala Taiwan melonjak ke tempat kedua diikuti oleh Jepun.
Sementara itu, India memasuki senarai teratas untuk kali pertama manakala Korea Selatan, Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, dan Vietnam mengekalkan tempat mereka dalam kedudukan sepuluh teratas.
Di samping itu, China mencatatkan jumlah hartanah tertinggi yang memenangi anugerah selama empat tahun berturut diikuti Filipina, Thailand, Jepun, Taiwan, Maldives, Vietnam, Indonesia dan Korea Selatan.
Agoda memaklumkan bahawa anugerah diberikan kepada hartanah yang telah membuktikan lokasi mereka antara yang terbaik, memberikan nilai yang sangat baik, harga, kecemerlangan perkhidmatan serta fleksibiliti kepada tetamu.
Naib Presiden Rakan Perkhidmatan Agoda, Liyana Jamil, dalam kenyataan memaklumkan kesemua hotel memberi kerjasama yang proaktif.
“Kesemua hotel bekerja secara proaktif dengan Agoda untuk memenuhi peluang yang sentiasa berkembang kepada rakan kongsi dan bukan sahaja menetapkan tanda aras baru untuk jenama mereka tetapi juga industri,” katanya.
Liyana berkata tahun demi tahun, Anugerah Gold Circle membuka peluang kepada Agoda untuk mengenali rakan kongsi sekali gus memperluaskan sempadan perkhidmatan dan perhotelan.
Sementara itu, senarai pemenang akan dipaparkan di halaman depan laman sesawang Agoda bermula 1 Disember hingga 31 Disember beserta lencana Anugerah Gold Circle Digital.
Faida Rahim
Fri Dec 09 2022
Malaysia menduduki tempat kelima dengan 174 hotel paling mendapat perhatian ramai pelancong. - Gambar hiasan/ Unsplash
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
174 penginapan di Malaysia antara pilihan paling tinggi pelancong antarabangsa - Agoda
Laman web tempahan hotel terkenal, Agoda mengumumkan sebanyak 174 penginapan di Malaysia tersenarai sebagai pilihan tertinggi bagi pelancong antarabangsa.