Sebanyak 173 kes baharu HIV direkodkan di Pahang pada pada tahun ini, dengan 82 peratus daripadanya adalah lelaki.
Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha'ari Ngadiman berkata 57 peratus daripada jumlah itu adalah anak muda yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun.
"Pahang juga menunjukkan tren penurunan kes baharu HIV sebanyak 74 peratus berbanding tahun 2002. Kes pertama direkodkan di Pahang pada tahun 1989 dan jumlah kumulatif sehingga 18 Nov lalu ialah 11,156 kes HIV.
"Daripada jumlah itu, 2,328 ialah kes AIDS dan terdapat 2002 pesakit HIV dan AIDS telah meninggal dunia," katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 Peringkat Pahang di Serambi Teruntum di sini, semalam.
Dr Sha'ari menambah statistik rawatan anti-retroviral (ARV) di Pahang untuk tempoh Januari hingga September lalu pula mencapai 28.4 peratus, meningkat daripada 16.8 peratus pada tahun 2016.
Sehubungan itu, Dr Sha'ari menasihatkan mereka yang berisiko tinggi mendapat HIV menjalani ujian saringan secara percuma bagi membolehkan rawatan ARV dilakukan segera untuk menurunkan virus itu selain mengurangkan risiko kadar jangkitan.
"Jabatan juga akan melakukan siasatan untuk mengetahui risiko jangkitan dan mereka sebenarnya tidak perlu bimbang kerana kerahsiaan mereka akan dijaga dengan baik bagi mengelakkan stigma masyarakat.
"Kita tidak akan menggunakan kenderaan rasmi jabatan apatah lagi memakai uniform semasa ke rumah pesakit. Oleh itu, saya menyeru sesiapa yang berisiko tinggi untuk tidak berasa malu untuk menjalani pemeriksaan," katanya.
Dr Sha'ari menambah mereka juga tidak perlu bimbang dengan kos rawatan kerana dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, dengan anggaran sebanyak RM1,900 sebulan untuk seorang pesakit.
Beliau berkata kes pertama HIV di Pahang mempunyai nilai tersendiri kepadanya kerana beliau antara pegawai yang terlibat semasa seorang wanita asing yang mendapatkan rawatan di Hospital Mentakab, Temerloh dekat sini, dikesan menghidapnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2017
Masyarakat global baru saja memperingati Hari Aids Sedunia pada 1 Disember (semalam). - Gambar hiasan
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Teknologi rawatan HIV kini bantu pesakit hidup normal - MAC
Teknologi rawatan HIV ketika ini telah menyaksikan kemajuan yang sangat baik dalam usaha membantuk penghidap HIV atau PLHIV hidup dengan sihat.
14 kanak-kanak di India dijangkiti HIV, Hepatitis selepas transfusi darah
Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan.
Rawatan PrEP perlu dilihat dengan lebih meluas
Apa yang penting adalah bidang perubatan bertujuan merawat sesiapa sahaja dan bukannya menghukum.
Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.
Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.
MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.
LGBT bertentangan dengan budaya Malaysia, undang-undang negara - Idris
Di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah.
Penemu virus HIV, Luc Montagnier meninggal dunia
Berita pemergiannya itu disahkan pegawai kerajaan Perancis yang menyatakan Montagnier meninggal dunia pada Selasa.