Sebanyak 17 penduduk daripada enam keluarga Rumah Rakyat Kampung Panchor di sini yang terancam berikutan kejadian tanah runtuh Rabu lepas telah berpindah ke kawasan selamat, sejak semalam.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata baki 10 penduduk daripada tiga keluarga akan berpindah dalam masa terdekat.
"Pihak bomba masih dalam proses memindahkan kesemua mangsa daripada setiap rumah yang terjejas di kawasan perumahan ini demi keselamatan mereka berikutan keadaan cuaca yang masih belum menentu.
"Langkah pemantauan pergerakan tanah dilakukan lima anggota pada setiap dua jam masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata keputusan sama ada penduduk akan dibenarkan kembali ke rumah masing-masing akan diputuskan dalam mesyuarat antara Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri Sembilan dan Jabatan Mineral dan Geosains.
Norazam berkata setakat 6 petang semalam, tiada pergerakan tanah dikesan.
Bagaimanapun, katanya bomba akan sentiasa berada di lokasi kejadian untuk menjamin keselamatan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.
Katanya kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bencana peringkat daerah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan Abdullah Hanapi berkata setakat 6 petang semalam, hanya sebuah keluarga terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita menghuni pusat pemindahan di Program Perumahan Rakyat Seri Perdana, Paroi.
"Pihak JKM telah menyediakan keperluan asas seperti selimut dan makanan yang siap dimasak untuk penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan ini.
"Sekiranya bilangan penduduk yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu bertambah, JKM akan membuka pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Paroi," katanya.
Dalam kejadian pada 3 petang Rabu lepas, sebanyak 17 rumah yang terletak di Jalan Mahsuri 1, Jalan Murni dan Jalan Ria 1, terjejas akibat berlaku pergerakan tanah di kawasan bukit berhampiran.
Bernama
Fri Nov 28 2014
![17 penduduk terjejas tanah runtuh berpindah ke kawasan selamat 17 penduduk terjejas tanah runtuh berpindah ke kawasan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51417155011_295x200.jpg)
Pihak bomba masih dalam proses memindahkan kesemua mangsa daripada setiap rumah yang terjejas.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lelaki hanyut di Sungai Pisang ditemukan lemas Lelaki hanyut di Sungai Pisang ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676352168_TBlemas.jpg)
Lelaki hanyut di Sungai Pisang ditemukan lemas
Mangsa dijumpai di kunci air Sungai Kerdas pada jarak anggaran 10 kilometer dari tempat dia mandi bersama rakannya.
![Operasi SAR kesan lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas lapan km Operasi SAR kesan lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas lapan km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676343263_OperasiSARlelaki.jpg)
Operasi SAR kesan lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas lapan km
Bomba kini memfokuskan pencarian ke tempat takungan air berkumpul dari lokasi kejadian.
![Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675219946_RentungKebakaran.jpg)
Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.
![Pendaki wanita sesat di Bukit Tabur ditemukan selamat selepas dua hari hilang Pendaki wanita sesat di Bukit Tabur ditemukan selamat selepas dua hari hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61675144541_TBWANITASESAT.jpg)
Pendaki wanita sesat di Bukit Tabur ditemukan selamat selepas dua hari hilang
Pendaki wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad ditemui dalam keadaan selamat.
![Rakaman suara tular dakwa berlaku tanah runtuh tidak benar Rakaman suara tular dakwa berlaku tanah runtuh tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674427208_Rakamansuaratular.jpg)
Rakaman suara tular dakwa berlaku tanah runtuh tidak benar
Pemantauan yang dijalankan pihak JBPM mendapati tiada sebarang kejadian tanah runtuh berlaku di lokasi yang didakwa.
![Kepala kanak-kanak tersepit kerusi tadika Kepala kanak-kanak tersepit kerusi tadika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673474707_kepalatersepitkeru.jpg)
Kepala kanak-kanak tersepit kerusi tadika
Kejadian jam 11.37 pagi itu melibatkan mangsa berusia enam tahun ketika sesi pembelajaran di tadika berkenaan.
![Tiga sungai di Hulu Selangor dikenal pasti 'hotspot' lemas, kepala air Tiga sungai di Hulu Selangor dikenal pasti 'hotspot' lemas, kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671206251_SungaiBatangKali.jpg)
Tiga sungai di Hulu Selangor dikenal pasti 'hotspot' lemas, kepala air
Kawasan tersebut adalah Sungai Batang Kali, Sungai Chiling dan Sungai Pertak.
![Tanah runtuh Batang Kali: Walaupun baru keluar hospital, Norazam komited ke lokasi Tanah runtuh Batang Kali: Walaupun baru keluar hospital, Norazam komited ke lokasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671700876_tanahruntuhBatang.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Walaupun baru keluar hospital, Norazam komited ke lokasi
Norazam Khamis yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan angin ahmar ringan pada Isnin, dilihat berada di lokasi tragedi tanah runtuh Batang Kali.
![Tanah runtuh Batang Kali: Dua mayat ditemukan dipercayai ibu dan anak, angka korban 23 Tanah runtuh Batang Kali: Dua mayat ditemukan dipercayai ibu dan anak, angka korban 23](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671262793_TBhospital.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Dua mayat ditemukan dipercayai ibu dan anak, angka korban 23
Angka korban tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Batang Kali di sini meningkat kepada 23 mangsa.
![Tanah runtuh Batang Kali: 12 mangsa belum ditemukan, ada potensi selamat - Bomba Tanah runtuh Batang Kali: 12 mangsa belum ditemukan, ada potensi selamat - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671252436_Sidangmedia.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: 12 mangsa belum ditemukan, ada potensi selamat - Bomba
Datuk Norazam Khamis tidak menolak kemungkinan masih ada mangsa yang selamat sekiranya mereka berpaut kepada batu atau pokok.