KUALA LUMPUR: Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata harga istimewa itu ditawarkan oleh semua syarikat penerbangan dalam negara untuk tempoh perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah manakala 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.
"Pengguna masih boleh membeli tiket pada harga yang lebih rendah sekiranya harga tiket asal tersebut kurang daripada RM300.
"Kerajaan beli (sebanyak 17,708 tiket) daripada syarikat-syarikat penerbangan dan kita jual semua pada harga diskaun iaitu maksimum RM300," katanya pada sidang media selepas melepas Majlis Hari Raya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di Stesen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Loke, projek rintis itu bertujuan menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan dan sekiranya berjaya, ia akan dibentangkan kepada Kabinet agar boleh dijadikan inisiatif berterusan.
Loke berkata harga maksimum itu tidak termasuk cukai dan fi namun dengan pembelian tiket berkenaan pengguna akan dilindungi mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).
Beliau berkata anggaran keseluruhan bagi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh penawaran adalah antara RM5.8 juta hingga RM11.4 juta.
Menurut Loke berikutan tiket penerbangan laluan Johor Bahru-Sibu bagi tempoh tiga hari sebelum perayaan Hari Gawai habis dijual, syarikat Batik Air akan menyediakan perkhidmatan penerbangan carter dengan kekerapan sekali sehari pada 29, 30 dan 31 Mei.
Sementara itu, Loke berkata sebanyak 10,744 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan 499,323 tiket KTM Intercity terjual sehingga 9 malam semalam daripada 4.4 juta tiket yang ditawarkan bagi perjalanan Julai sehingga Disember 2023.
Katanya jualan tiket yang bermula 15 Mei lepas itu juga melibatkan tarikh hari perayaan negara seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Deepavali, Krismas selain cuti sekolah.
"(Sebanyak) 2,043 tiket bagi dua perkhidmatan ETS tambahan untuk laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya untuk perjalanan 26 Mei hingga 5 Jun sempena cuti sekolah penggal pertama dan cuti umum juga telah terjual.
"Ini membuktikan rakyat Malaysia menggunakan serta menghargai pengangkutan awam yang disediakan kerajaan, terutama perkhidmatan yang disediakan KTMB yang selamat dan selesa untuk ke destinasi masing-masing," katanya yang turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa merancang perjalanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika sidang media pada Majlis Jamuan Raya Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 2023 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
TMM2026: Fokus untuk promosikan Malaysia, bukan sebaliknya
Ujar Tiong, tujuan utama video tersebut adalah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan dan bukan sebaliknya.
Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea serta 'baby' beliau.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Amhari ketika menjadi saksi pendakwaan kes 1Malaysia Development (1MDB) adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Amhari ketika menjadi saksi pendakwaan kes 1Malaysia Development (1MDB) adalah mengarut dan tidak benar sama sekali.
Dua kakitangan badan berkanun ditahan SPRM
Dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis termasuk seorang pengurus akaun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kebakaran Hutan: Tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini - Wisma Putra
Kementerian Luar Malaysia melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles yang menyaksikan lebih 30,000 penduduk dipindahkan sejak Selasa.
Empat kesan tembakan dikesan di badan mangsa
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk CP M Kumar pada Rabu, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan bagi mengesan pelaku yang terlibat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan perlu bentang Blueprint Social Safety Net Policy - Khairil Nizam
Kerajaan dicadangkan agar membentangkan Blueprint Social Safety Net Policy yang lebih komprehensif agar dapat menjamin kehidupan rakyat.
17,708 tiket penerbangan sehala ke Sabah, Sarawak ditawar pada harga maksimum RM300 - Loke
Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
7 perkara penting dalam sidang media Menteri Pengangkutan berhubung harga tiket kapal terbang
Berikut adalah senarai senarai tujuh fakta menarik mengenai kenyataan Anthony Loke mengenai aplikasi tiket penerbangan yang digunakan oleh Ka Siong.
Lebih 30 peratus harga tiket kapal terbang telah diturunkan - KSU MOT
Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan susulan kesediaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan.