Seramai 167 individu dikesan cuba mendaftar melalui perkahwinan sivil di Sarawak menggunakan maklumat palsu bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, walaupun mereka masih ada ikatan perkahwinan secara adat.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata mereka berjaya dikesan hasil maklumat yang diperoleh daripada kerjasama strategik dengan Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) untuk mendapatkan akses kepada Sistem Elektronik Perkahwinan Adat (NAMES) yang telah dilaksanakan sejak 14 Dis tahun lalu.
"Pengesanan awal itu dapat mengelak perkahwinan, sekali gus menyelamatkan pihak-pihak seperti isteri dan anak daripada teraniaya," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Fatimah berkata ada peraturan yang menggariskan individu bukan Islam tidak boleh berkahwin lain jika dia masih ada ikatan perkahwinan yang sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan mana-mana individu lain.
Ia terkandung dalam Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164) 1976, Bahagian II, Seksyen 5(1) dan Ordinan Adat Bumiputera (Deklarasi) 1966, Majlis Adat Istiadat Sarawak Ordinan 1977, Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992, Kaedah-kaedah Mahkamah Bumiputera 1993, Ordinan Perkahwinan Adat Bumiputera Sarawak (Nafkah) 2003 (Bab 55).
Fatimah menjelaskan Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164), Bahagian II, Seksyen 6 juga menetapkan jika seseorang lelaki yang berkahwin, sama ada melalui undang-undang agama, adat atau kelaziman, dan pada masa sama berkahwin lain, isteri baharunya tidak mempunyai hak mewarisi harta lelaki berkenaan apabila dia meninggal dunia dan tidak mewasiatkan apa-apa kepadanya.
Sehubungan itu, beliau berkata untuk memastikan pematuhan kepada akta dan undang-undang yang berkaitan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak akan mengemukakan kertas cadangan kepada Jabatan Ketua Menteri Sarawak agar semua Pejabat Daerah melaksanakan semakan status individu ke atas pasangan yang memohon berkahwin secara adat.
"Kolaborasi dan inovasi melangkau jabatan dan agensi yang diambil JPN Sarawak jelas menunjukkan jabatan berkenaan merupakan model kepada kepada semua jabatan dan agensi lain, selaras dengan matlamat menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Selain itu, ia juga meletakkan keutamaan kepada undang-undang dan peraturan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2017

Datuk Fatimah Abdullah berkata mereka berjaya dikesan hasil maklumat yang diperoleh daripada kerjasama strategik dengan Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS).

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)

Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.

Amir Khan dihukum Sogit lapan ekor kerbau, lapan buah gong di Sabah
Seorang warga Pakistan dikenakan hukuman Sogit (denda adat) lapan ekor kerbau dan lapan buah gong oleh Mahkamah Anak Negeri selepas mengaku menghina suku kaum Kadazandusun bulan lepas.

Bayar zakat fitrah dalam talian tepati hukum syarak
Umat Islam digalak membayar zakat fitrah secara dalam talian memandangkan ia lebih mudah dan selaras dengan pematuhan perintah kawalan pergerakan.

Pembangunan Kuala Lumpur tidak seimbang dengan seni bina warisan
ia perlu diseimbangkan agar ciri identiti Malaysia yang mempunyai kepelbagaian adat dan budaya dapat diperkenalkan

167 individu cuba daftar perkahwinan guna maklumat palsu
Seramai 167 individu dikesan cuba mendaftar melalui perkahwinan sivil di Sarawak menggunakan maklumat palsu.

Pengantin diculik untuk dikahwini antara adat pelik perkahwinan dunia
Di Malaysia, adat perkahwinan Melayu, India dan Cina mempunyai kerumitannya tersendiri, namun tahukah anda ada adat yang lebih pelik malah tidak masuk akal di negara lain.