KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 16 warga Malaysia di Wilayah Preah Sihanouk, Kemboja yang telah diperdaya dengan iklan peluang pekerjaan sebagai pegawai khidmat pelanggan di negara itu dengan tawaran gaji lumayan.
Kesemua mangsa berumur lingkungan 19 hingga 43 tahun itu terdiri daripada 15 lelaki dan seorang wanita diselamatkan dengan kerjasama PDRM, Interpol, Polis ASEAN, Kementerian Luar serta Polis Kemboja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua mangsa diselamatkan pada kira-kira 12 tengah hari 5 April lepas.
Beliau berkata mereka diperdaya melalui iklan di laman Facebook malah kos perbelanjaan perjalanan pekerjaan mereka turut ditanggung oleh pihak syarikat di Kemboja.
"Setelah mangsa tiba di Kemboja, dokumen perjalanan mangsa dirampas, pergerakan dikawal dan dikurung dengan kawalan yang ketat," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Abd Jalil berkata setelah tiba di negara itu, mangsa baru menyedari dan merasakan mereka diperdaya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa dipaksa bekerja sebagai 'scammer.'
"Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini di Phnom Penh, Kemboja sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat," katanya.
Sehubungan itu, Abd Jalil berkata PDRM menasihati masyarakat agar lebih berhati-hati terhadap tawaran kerja dengan gaji yang lumayan di luar negara bagi mengelakkan orang ramai dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab demi keuntungan dan kepentingan mereka.
"PDRM amat mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat yang mempunyai maklumat tentang sindiket memperdayakan warganegara Malaysia dan memaksa mangsa menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang di luar negara.
"Sekiranya ada maklumat berkaitan kes ini, orang ramai diminta menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
![16 warga Malaysia diperdaya dengan peluang pekerjaan di Kemboja diselamatkan 16 warga Malaysia diperdaya dengan peluang pekerjaan di Kemboja diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649519812_scammerKemboja.jpg)
Kesemua mangsa berumur lingkungan 19 hingga 43 tahun itu terdiri daripada 15 lelaki dan seorang wanita diselamatkan dengan kerjasama PDRM, Interpol, Polis ASEAN, Kementerian Luar serta Polis Kemboja. - Foto Sinar Harian/PDRM
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
![Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717303469_TanSriRazaruddin.jpg)
Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
![MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720840148_PDRMMCMC.jpg)
MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber
MCMC dan PDRM akan meneliti SOP untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.
![KDN FC diminta kekal momentum kemenangan KDN FC diminta kekal momentum kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720605527_TBkelantan.jpg)
KDN FC diminta kekal momentum kemenangan
Michal Jerabek menuntut rakan sepasukannya terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menentang Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.
![PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720519997_Shuhaily.jpg)
PDRM serah 4 anggota sindiket judi kepada polis Singapura
Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF).
![Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720502280_SaifuddinNasutionI.jpg)
Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution
Tindakan itu adalah sebagai antara langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.
![Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius
Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Pulau Pinang terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan penugasan demi memelihara ketenteraman awam, kata Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad.
![10,000 sertai Community Safety Run PDRM 10,000 sertai Community Safety Run PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720408329_PDRMRun.jpg)
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
![MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161330_HishamuddinMdRais.jpg)
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
![Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.