Polis menerima 16 laporan dibuat manga kes penipuan dalam talian sejak Jan sehingga kini di daerah ini, kata Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed.
Katanya, daripada jumlah itu, dua laporan melibatkan kes penipuan pembelian secara dalam talian, satu kes penipuan melibatkan pakej pelancongan, manakala selebihnya melibatkan penipuan pelbagai kategori.
"Jumlah kerugian keseluruhan RM99,500. Modus operandi yang selalu digunakan suspek ialah mengiklankan tawaran penjualan barangan yang tidak wujud dalam internet, yang menarik minat mangsa dengan menawarkan barangan pada harga murah atau barangan sukar didapati.
"Mangsa yang berminat akan melakukan pembayaran tanpa mengetahui barangan yang dibeli itu tidak wujud, menyebabkan mangsa mengalami kerugian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Aidi Sham berkata dalam kes baru-baru ini, terdapat satu kes penipuan pakej pelancongan di mana seorang mangsa wanita terpedaya dalam urusan pakej pelancongan, daripada sebuah syarikat yang mengiklankan pakej melalui Facebook.
"Kejadian penipuan ini bermula sejak tahun 2017 lagi, di mana suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej pelancongan ke Eropah dengan harga yang murah.
"Mangsa dan dua orang rakannya yang berminat dengan pakej tersebut telah membuat pembayaran melalui sembilan transaksi yang berjumlah RM12,280 ke dalam akaun syarikat tersebut. Bagaimanapun pengadu dimaklumkan syarikat tersebut kini telah ditutup," katanya.
Aidi Sham berkata, antara langkah bagi mengelakkan menjadi mangsa kepada penipuan dalam talian ialah dengan membuat pengesahan identiti penjual, semakan akaun bank, testimoni pembeli lain, serta berhati-hati dengan harga yang terlalu murah.
Katanya pihaknya akan mempertingkatkan lagi usaha bagi mendidik dan memaklumkan kepada orang ramai mengenai penipuan sebegini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 21 2019
![16 laporan polis kes penipuan dalam talian di Port Dickson 16 laporan polis kes penipuan dalam talian di Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61532315641_LoveScam.jpg)
Antara langkah bagi mengelakkan menjadi mangsa kepada penipuan dalam talian ialah dengan membuat pengesahan identiti penjual, semakan akaun bank, testimoni pembeli lain, serta berhati-hati dengan harga yang terlalu murah.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
![Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705748685_WanitaTrauma.jpg)
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
![Polis buru individu bakar kedai vape Polis buru individu bakar kedai vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703033413_TBbakarkedai.jpg)
Polis buru individu bakar kedai vape
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes.
![Seorang maut, dua parah angkara pandu laju Seorang maut, dua parah angkara pandu laju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663540561_TBkemalangan.jpg)
Seorang maut, dua parah angkara pandu laju
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
![Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650496055_dualelaki.jpg)
Dua lelaki ditangkap sehari lepas ragut wanita
Ketika kejadian, mangsa yang sedang berjalan dengan anak perempuannya telah didatangi seorang suspek menunggang sebuah skuter berwarna merah.
![24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson 24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641074591_TBTAHANWARGAASING.jpg)
24 warga asing ditahan berpesta tepi pantai Port Dickson
Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pasport sah dan visa sudah tamat tempoh.
![Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639430377_PemanduLori.jpg)
Pandu di lorong kecemasan, pemandu lori serah diri
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
![Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638741650_marshalberlagakp.jpg)
Lagi marshal berlagak 'polis trafik' dikesan
Rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.
![Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625384523_PolisLogo.jpg)
Dua suspek menyamar polis dalam kes culik dan bunuh didakwa pagi ini
Dua suspek yang masing-masing berusia 43 dan 44 tahun itu, akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Port Dickson pada 9 pagi.
![Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie' Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630743092_LogoPDRM.jpg)
Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
![Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635036087_SuperintendanAidiS.jpg)
Pemandu mabuk rempuh dua kenderaan ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan nahas.