Kuala Lumpur: Negara merekodkan kejayaan manis dalam sektor pendidikan apabila 15 buah universiti tempatan tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021 berbanding hanya lapan pada tahun lalu.
Pencapaian membanggakan tentu sekali buat Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merekodkan lonjakan besar pada edisi tahun ini dengan menduduki tangga 200 teratas.
Edisi kesembilan kedudukan universiti ini juga menyaksikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membuat kemunculan dalam kumpulan 401+.
Lima daripada enam universiti berprestasi di Malaysia juga memperbaiki serta mengekalkan kedudukan.
Antaranya ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP) naik 13 tangga kepada kedudukan 111, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengekalkan kedudukan di tangga ke-119.
Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) mendaki sembilan anak tangga ke-136 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) naik 10 tangga untuk berada di kedudukan ke-150.
Walaupun Universiti Malaya (UM) turun enam tangga, namun ia tetap berada dalam kumpulan 50 teratas.
Menurut Ketua Pegawai Ilmu Times Higher Education, Phil Baty, kedudukan ini penting untuk mengukur kekuatan institusi pendidikan tinggi serantau.
"Sangat menakjubkan melihat kedudukan universiti di Malaysia semakin meningkat dan ada juga mengekalkan kedudukan walaupun persaingan semakin hebat.
"Mencapai kedudukan 50 teratas iaitu Universiti Malaya adalah satu kejayaan besar terutama untuk empat tahun berturut-turut membuktikan kekuatannya di peringkat tempatan, serantau mahupun global," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Jelas beliau, sangat menarik untuk melihat bagaimana universiti tempatan ini pada masa hadapan mengadaptasi kepada pasca COVID-19.
Walaupun berdepan kesukaran disebabkan COVID-19, jelasnya, ia mungkin akan beri peluang kepada universiti di Malaysia untuk mengekalkan dan menarik lebih banyak lagi pelajar dan para akademik serantau.
Tahun ini, sebanyak 551 universiti dinilai berbanding 489 pada tahun 2020.
Tsinghua University dan Peking University di China menduduki tangga pertama dan kedua kedudukan tahun ini.
Manakala National University, Singapura berada di tempat ketiga.
Hafizi Rosli
Thu Jun 03 2021
Sebanyak 15 buah universiti di Malaysia tersenarai dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2021 berbanding hanya lapan pada tahun lalu - Gambar fail
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
15 universiti di Malaysia tersenarai dalam THE Asia University Ranking 2021
Universiti Malaya masih kekal berada dalam kumpulan 50 teratas pusat pengajian terbaik di dunia.
Murid prasekolah Korea Utara kini diwajib ambil subjek cerita kehebatan Kim Jong-un
Pelajar prasekolah di Korea Utara dipaksa untuk mengikuti mata pelajaran Greatness Education yang menceritakan mengenai kehebatan pemimpin negara itu, Kim Jong-un selama 90 minit pada setiap hari.
MPPK sambut baik keputusan pembukaan semula IPT
MPPK menyambut baik keputusan berhubung pembukaan semula IPT secara berperingkat seperti diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.
Insentif pemandu pelancong Johor cerminan keprihatinan kerajaan negeri
Pandemik COVID-19 telah melumpuhkan sektor pelancongan global dan Malaysia juga tidak terkecuali.
Taska, pusat jagaan kanak-kanak ikut SOP, ibu bapa tidak perlu bimbang
Kebenaran pembukaan semula Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan pusat jagaan kanak-kanak tentunya memberi nafas lega kepada ibu bapa yang bekerja.