TELUK INTAN: Sebanyak 15 kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap bumbung parkir yang roboh ketika ribut dan hujan lebat di Hospital Teluk Intan, pada petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata selain parkir, sebahagian bumbung laluan pejalan kaki turut runtuh dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu.
"Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa. Hanya 15 kereta mengalami kerosakan antaranya cermin hadapan pecah selain kemik pada badan kenderaan.
"Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, pengadu iaitu salah seorang pemilik kereta menyedari kejadian itu ketika mahu mengambil kenderaannya berhampiran Jabatan Pesakit Luar hospital berkenaan.
Aida Aziz
Thu Apr 29 2021
Pengadu iaitu salah seorang pemilik kereta menyedari kejadian itu ketika mahu mengambil kenderaannya berhampiran Jabatan Pesakit Luar hospital berkenaan. - Gambar/ Facebook Boyaga Maya
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
PM Anwar saran Pakistan manfaatkan Malaysia sebagai pintu gerbang ASEAN
Anwar mengetengahkan peranan strategik Malaysia sebagai pintu gerbang untuk Pakistan mendapat akses terhadap peluang ekonomi rantau ASEAN.
Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan bagi perkukuh kedudukan global
Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat multinasional dan keupayaan pembuatan untuk memperkukuh kedudukannya di pasaran global.
Kerjasama Malaysia-Negara ASEAN kekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi - Sim
Kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN penting untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi, dinamik dan pelbagai, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
Indonesia lancar Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser
Indonesia secara rasmi melancarkan "Pelan Pencegahan dan Kawalan Kanser Kebangsaan 2024-2034" semasa pembukaan Persidangan Kanser Antarabangsa Indonesia (IICC) 2024 di Bali pada Khamis, lapor ANTARA.
Muhammad Yunus insan penuh belas kasihan yang dunia perlukan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.
Pusat beli-belah digesa sedia ruang membaca, perbanyakan kedai buku
Pusat beli-belah digesa supaya menyediakan ruang membaca dan memperbanyakan kedai buku di dalam premis mereka bagi memenuhi minat dan keperluan pembaca.
Kajian Australia kaitkan dengkuran dengan tekanan darah tinggi
Kajian dari Australia mendapati terdapat kaitan antara berdengkur dan tekanan darah tinggi.
Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.
15 kereta dihempap bumbung parkir hospital runtuh
Sebanyak 15 kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap bumbung parkir yang roboh ketika ribut dan hujan lebat di Hospital Teluk Intan, pada petang Khamis.