MELAKA: Sebanyak 45 individu termasuk 15 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai 'gadis kalung bunga', ditahan dalam serbuan Op Gegar di sebuah kelab malam di Taman Melaka Raya di sini malam tadi.
Pengarah Imigresen Melaka Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata dalam serbuan pada pukul 10.30 malam semalam, kesemua wanita yang turut bekerja sebagai penari dan pelayan pelanggan (GRO) kelab itu ditahan, kerana disyaki telah melanggar syarat pas atau permit, selain tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Wanita warga asing berkenaan dilaporkan menjadi 'gadis kalung bunga' untuk menarik pelanggan ke kelab malam tersebut dan bayaran antara RM200 hingga RM1,000 satu malam, dikenakan bagi melanggan GRO berkenaan.
"Semasa serbuan dijalankan, beberapa warga asing termasuk GRO berkenaan, bertindak cuba melarikan diri mengikut pintu belakang dan ada yang sedang leka berhibur sebelum kesemua mereka berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anirwan Fauzee berkata pihaknya turut menahan lima lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekerja kelab berkenaan atas kesalahan sama, selain dua lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga dan pengurus kelab malam tersebut.
Beliau berkata kesemua mereka, ditahan di bawah Seksyen 55B dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Anirwan Fauzee berkata sebanyak 12 Borang 29 (saman saksi), juga telah dikeluarkan ke atas pelanggan bagi membantu siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Anirwan Fauzee berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik premis dan majikan, yang menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas atau permit kerja yang sah, serta dengan sengaja memberi perlindungan pada warga asing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Sebanyak 45 individu termasuk 15 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai 'gadis kalung bunga', ditahan dalam serbuan Op Gegar di sebuah kelab malam di Taman Melaka Raya malam tadi. - Foto Sinar Harian
Mangsa banjir di Telupid dan Paitan sambut Ramadan di PPS
Lebih 400 mangsa banjir di Telupid dan Paitan masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika umat Islam bersedia menyambut kehadiran Ramadan.
80 rumah setinggan di Likas musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kebakaran di kampung cempaka, likas, awal pagi tadi yang memusnahkan 80 buah rumah setinggan dan menjejaskan seramai 669 penduduk daripada 139 keluarga.

JPN sasar selesaikan lebih 12,000 masalah pengenalan diri pelajar pada Jun
Jabatan Pendaftaran Negara menyasarkan untuk menyelesaikan kesemua 12,101 masalah keciciran dokumentasi di seluruh negara seawal Jun ini.

Ramadan: Mahasiswa UIS, sertai qiamullail dan subuh berjemaah
Masjid Al-Azhar, Universiti Islam Selangor (UIS) menggerakkan usaha yang berterusan untuk menggalakkan mahasiswa agar terus dekat dengan masjid.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Kanak-kanak lelaki empat tahun cedera diserang anjing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, hari ini.

Mohamad Norza sah pertahan jawatan Presiden MOM
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029.

Truck Fighter 1.0 perkukuh solidariti, bakal himpun 5,000 pemilik 4x4
Acara itu, yang dianjurkan oleh Zaki GM Garage bertujuan bagi memperkukuh solidariti dalam kalangan pemilik 44.

KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

42 'gadis kalung bunga' kena tahan
Seramai 42 wanita termasuk 40 warga Thailand serta dua masing-masing warga Indonesia dan Mynamar yang disyaki bekerja sebagai 'gadis kalung bunga' dicekup di Johor.

15 'gadis kalung bunga' ditahan dalam Op Gegar di Melaka
Sebanyak 45 individu termasuk 15 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai 'gadis kalung bunga', ditahan dalam serbuan Op Gegar di sebuah kelab malam di Taman Melaka Raya malam tadi.