Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) mengedarkan 15,000 naskhah buku Bahasa Inggeris kepada 250 buah sekolah dari seluruh Semenanjung menerusi program ‘Books for Asia’ (BFA) anjuran The Asia Foundation (TAF).
Kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar juga rakyat Malaysia secara amnya.
“Paling penting bukan sahaja mengenai pengedaran buku-buku ini, tetapi perlu dilihat hasrat di sebalik mengapa ia diedarkan kepada sekolah-sekolah.
“Oleh kerana buku-buku ini semuanya ditulis dalam bahasa Inggeris, secara tidak langsung ia dapat mempertingkat penguasaan bahasa tersebut dalam kalangan pelajar yang membacanya,” katanya semasa ditemui pada Majlis Penyerahan Buku ‘Books for Asia’ di Universiti Malaya di sini hari ini.
Berkata lebih lanjut, beliau mahu melihat buku-buku yang diedarkan dimanfaatkan sebaiknya sebagai rujukan para guru juga murid untuk mendapatkan maklumat tambahan di samping buku teks sedia ada.
Mengiringi Datuk Mary dalam majlis tersebut adalah Pengarah Eksekutif INPUMA, Dr Khadijah Md Khalid dan Perwakilan Negara di TAF, Herizal Hazri.
Menurut Herizal, tahun keempat pelaksanaan program tersebut di bawah kolaborasi INPUMA-JCORP-TAF menyaksikan sambutan menggalakkan daripada sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi yang katanya semakin ramai memahami objektif program tersebut.
“Program ini sebenarnya mula diperkenalkan di Asia pada 1954 dan bergerak di Malaysia sejak 1957.
“Tetapi melihat kepada kepentingannya kepada pembangunan rakyat Malaysia, kita ingin melihat program ini diurus dan dilaksanakan oleh pihak kita sendiri. Sebab itu wujudnya kolaborasi ini.” jelasnya.
Katanya, sepertimana dinyatakan Dr Khadijah, kolaborasi itu juga membawa kepada pemantauan dan penilaian terhadap sekolah-sekolah yang terlibat oleh pihak INPUMA untuk memastikan pelaksanaannya mengikut landasan sehingga mencapai objektifnya.
“Daripada tahun pertama hingga keempat, INPUMA sudah mula menjalankan evaluasi dan data sudahpun diambil.
“InsyaAllah tahun kelima atau ketujuh kita dapat plot data-data tersebut,” maklumnya.
‘Book for Asia’ merupakan salah satu program utama TAF yang berpangkalan di San Francisco, California, Amerika Syarikat dan kini beroperasi di 18 negara di seluruh Asia.
Setiap tahun, dianggarkan 100,000 buku diedarkan di seluruh Malaysia, iaitu sekitar 50,000 di Semenanjung dan 25,000 masing-masing di Sabah dan Sarawak.
Sepanjang 60 tahun pelaksanaannya, ‘Book for Asia’ telah mengedarkan hampir 3 juta naskhah buku ke seluruh negara.
Israr Khalid
Fri Jul 14 2017
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, usaha tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar juga rakyat Malaysia secara amnya. - Foto Astro AWANI / ISRAR KHALID
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
15,000 buku diedar kepada sekolah menerusi 'Book for Asia'
IMPUMA, JCorp dan Universiti Malaya mengedarkan 15,000 naskhah buku Bahasa Inggeris kepada 250 buah sekolah dari seluruh Semenanjung menerusi program Books for Asia.