LABUAN: Sebanyak 13 warga Filipina termasuk enam wanita dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki Labuan secara haram.
Polygon Sapa, Sami Daud, Alden Sulaiman, Mohd Aidil Norsani, Abdul Nazar Bhar, Husin Kasim, Mohd Zaidi Ak Kong, Norana Wajib, Norazlina Awi, Mona Latino, Norsahaya Bensal, Norhayati Jamli dan Sofia Rajul ditahan antara 27 Feb hingga 4 Mac lepas.
Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua mereka mengaku bersalah memasuki Labuan tanpa dokumen yang sah.
Pendakwaan mengikut Seksyen 6(1)(c), 15(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun, denda RM10,000 dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kesemua tertuduh ditahan polis di lokasi berbeza selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan dan setelah selesai menjalani tempoh penjara warga asing berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen.
Data biometrik mereka akan dikumpul sebelum dibawa pulang ke negara asal bagi memastikan pematuhan prosedur undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua mereka mengaku bersalah memasuki Labuan tanpa dokumen yang sah. - Gambar fail/Bernama
#AWANIRingkas 20 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 20 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri selesai beri keterangan hari ke-5 di SPRM
2️⃣ 20 sekolah terjejas, situasi dijangka memburuk
3️⃣ Ibu bapa perlu pantau anak-anak - Raja Muda Kedah
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri selesai beri keterangan hari ke-5 di SPRM
2️⃣ 20 sekolah terjejas, situasi dijangka memburuk
3️⃣ Ibu bapa perlu pantau anak-anak - Raja Muda Kedah
#awaniringkas

Bazar Ramadan perkenal sistem tanpa tunai mudahkan peniaga dan pembeli - Fadillah
Fadillah menyifatkan inisiatif itu sebagai langkah mesra pengguna serta memberikan kemudahan kepada peniaga dan pembeli.
AWANI Ringkas: Siasatan rasuah | Banjir Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KL Wellness City lancar bandar kesejahteraan, tawar hab perubatan bertaraf dunia
KL Wellness City melancarkan bandar kesejahteraan pertama di Malaysia yang menawarkan ekosistem kesihatan dan perubatan terintegrasi di Bukit Jalil.

ASEAN akan perkenal dasar EV standard, diumum semasa sidang kemuncak - Tengku Zafrul
Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan inisiatif kemampanan serantau dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.
Ramadan di Turkiye - Masjid Eyup Sultan, keindahan Pierre Loti & Spice Bazar diserbu
Masjid Ulu mempunyai seni bina yang unik dengan 20 kubah besar yang tersusun dalam empat baris lima kubah. Apa yang menyebabkan Masjid ini mempunyai 20 Kubah?
Dialog Tiga Penjuru: Had jawatan PM, sepuluh tahun sahaja?
Hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun, wajar atau tidak? Impak kepada kestabilan politik, kelancaran pentadbiran dan hubungan kerajaan dan pembangkang? Penggal tetap jawatan PM, demokrasi lebih sihat dan elak salah guna kuasa? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China- Tengku Zafrul
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
AWANI Sabah+: Kundasang destinasi pelancongan unggul
Jika ada hasrat bercuti di Sabah, sudah pasti Kundasang akan menjadi antara destinasi pilihan, baik pelancong di dalam mahupun luar negara.
Pemandangan cukup memukau, suhu yang nyaman, dan deretan tarikan pelancong, antara yang memungkinkan pekan ini sentiasa menjadi sebutan.
Pemandangan cukup memukau, suhu yang nyaman, dan deretan tarikan pelancong, antara yang memungkinkan pekan ini sentiasa menjadi sebutan.
Johor dilanda gelombang banjir, lima daerah terjejas teruk
Wakil Astro AWANI Johor, Siti Nuraqilah Omar membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Johor yang semakin memburuk.

Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.

13 warga Filipina masuk Labuan secara haram dipenjara empat bulan
Sebanyak 13 warga Filipina termasuk enam wanita dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki Labuan secara haram.