SUNGAI PETANI: Sebanyak 13 rumah di tiga kampung dekat Bandar Baharu dilanda banjir kilat membabitkan Mukim Selama dan Mukim Sungai Batu, setelah hujan lebat melebihi dua jam pada Sabtu.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, air yang mula naik kira-kira jam 8 malam menyebabkan Kampung Sungai Tengas (Mukim Selama), Kampung Jermai dan Kampung Banggol Durian (Mukim Sungai Batu) terjejas.
Menurutnya, situasi paras air menunjukkan kadar menaik berikutan keadaan cuaca masih hujan.
"Hasil pemantauan mendapati paras air di Sungai Terunsing Mukim Selama menunjukkan peningkatan.
"Berikutan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bandar Baharu dalam keadaan berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan penduduk sekiranya air sungai terus melimpah di kawasan berisiko rendah," katanya.
Tambah beliau, setakat ini tiada mangsa dipindahkan dari kediaman mereka dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu.
Beliau berkata, anggotanya juga akan melakukan pemantauan berkala di kesemua kawasan di lokasi yang berisiko dinaiki air dan sungai di daerah ini.
"Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan atau sebaliknya.
"Orang ramai juga diminta berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 21 2023
![13 rumah terjejas banjir kilat di Bandar Baharu 13 rumah terjejas banjir kilat di Bandar Baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697922217_Banjir.jpg)
Anggota APM melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di daerah Bandar Baharu bagi memastikan tahap keselamatan penduduk terjamin. - Foto APM/Sinar Harian
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711497484_RibutPuasa.jpg)
Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa
Tiga rumah yang terjejas adalah di Kampung Paya Salak, Mukim Serdang, dua di Kampung Kilang Batu dan satu di Kampung Tengah di Mukim Relau.
![13 rumah terjejas banjir kilat di Bandar Baharu 13 rumah terjejas banjir kilat di Bandar Baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697922217_Banjir.jpg)
13 rumah terjejas banjir kilat di Bandar Baharu
Air yang mula naik kira-kira jam 8 malam menyebabkan Kampung Sungai Tengas, Kampung Jermai dan Kampung Banggol Durian terjejas.
![Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675422218_BanjirkilatBandar.jpg)
Hujan lebat lebih dua jam, Bandar Baharu dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan lima belas buah rumah dimasuki air selain beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat di daerah Bandar Baharu.
![Banjir Kedah: 239 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS Banjir Kedah: 239 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668219261_banjirkilat.jpg)
Banjir Kedah: 239 mangsa banjir ditempatkan di enam PPS
Semua mangsa dipindahkan bermula jam 9 malam tadi selepas penempatan mangsa dinaiki air.
![Tahanan imigresen lolos: Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai Tahanan imigresen lolos: Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650434266_PATIDepotImigres.jpg)
Tahanan imigresen lolos: Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai
Terdengar bunyi bising dari luar rumah sehingga menimbulkan kebimbangan menyebabkan penduduk keluar untuk melihat apa berlaku.
![Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Bandar Baharu tempatkan 23 mangsa Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Bandar Baharu tempatkan 23 mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639414930_banjirkilatBandar.jpg)
Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Bandar Baharu tempatkan 23 mangsa
Hujan lebat melebihi satu jam ditambah dengan saliran parit tersumbat menyebabkan berlaku banjir kilat di daerah Bandar Baharu malam tadi.
![PKP di lima daerah di Kedah bermula esok PKP di lima daerah di Kedah bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619565881_IsmailSabriYaakob.jpg)
PKP di lima daerah di Kedah bermula esok
PKP di lima daerah itu dilaksnakan berikutan berlaku penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim atau daerah atau zon.
![COVID-19: 139 tabika, taska Kemas ditutup sementara di Kedah COVID-19: 139 tabika, taska Kemas ditutup sementara di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597390546_Taska.jpg)
COVID-19: 139 tabika, taska Kemas ditutup sementara di Kedah
Sebanyak 139 tabika termasuk empat taska Kemas di empat daerah di Kedah ditutup sementara berikutan penularan kes COVID-19 melibatkan kluster Sivagangga.
![Sembilan termasuk warga emas ditahan terlibat aktiviti pecah kedai Sembilan termasuk warga emas ditahan terlibat aktiviti pecah kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530004789_handcuff.jpg)
Sembilan termasuk warga emas ditahan terlibat aktiviti pecah kedai
Sembilan lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam enam kes pecah masuk kedai di Bukit Tengah.
![Identiti mangsa runtuhan jambatan di Serdang dikenal pasti Identiti mangsa runtuhan jambatan di Serdang dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536614208_JalanRuntuh.jpg)
Identiti mangsa runtuhan jambatan di Serdang dikenal pasti
Mereka ialah Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor iaitu pembonceng motosikal jenis Yamaha LC135 dan Mohamad Haziq Ishak, sebagai penunggang, kedua-duanya berusia 17 tahun.