JOHOR BAHRU: Seramai 13 pemandu lori ditahan kerana positif dadah dan 210 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Perdagangan selama lapan jam yang diadakan di seluruh Johor mulai 12 tengah malam hingga 8 pagi Khamis.
Selain itu, dua pemandu ditahan kerana tersenarai sebagai orang dikehendaki mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua lelaki yang ditahan menerusi operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor itu berusia lingkungan 22 hingga 48 tahun.
"Fokus utama operasi ini adalah untuk menyelesaikan isu yang sering diterima berdasarkan aduan awam dan tular di media sosial berkaitan isu kenderaan perdagangan.
"Menerusi 13 operasi yang dijalankan di seluruh negeri, terdapat segelintir pemandu lori terjebak dengan penyalahgunaan dadah melalui ujian urin yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Kamarul Zaman berkata, kesemua lelaki yang ditahan itu berusia lingkungan 22 hingga 48 tahun. - Foto fail/BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
13 pemandu khayal ditahan di Johor
Seramai 13 pemandu lori ditahan kerana positif dadah dan 210 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik di seluruh Johor.
Tiga wanita dirempuh kenderaan pemandu khayal, seorang maut
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.30 pagi tadi di Jalan Pasir Hor, di sini.
Pemandu khayal sebelum terlibat kemalangan lawan arus - Polis
Suspek yang berasal dari Taman Desa Murni itu sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun disebabkan khayal, suspek telah terlajak ke hadapan berhampiran tol.