Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 jenis barangan menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Feb ini.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata skim kawalan harga itu berkuat kuasa 12 hari mulai 10 hingga 21 Feb iaitu enam hari sebelum, satu hari semasa dan lima hari selepas sambutan itu diadakan selain pada hari perayaan.
Barangan yang disenaraikan dalam skim tersebut termasuklah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi.
"Peniaga diwajibkan menjual 13 barangan itu pada harga lebih rendah atau tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain," katanya pada sidang media mengumumkan senarai barangan itu di sini, hari ini.
Beliau berkata skim kawalan harga musim perayaan ini membabitkan 91 daerah di Semenanjung, Sarawak (32), Sabah (27) dan satu daerah di Labuan.
Hamzah berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 boleh didenda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Individu terbabit juga boleh dikenakan kompaun hingga RM50,000, manakala syarikat boleh didenda hingga RM500,000 atau kompaun hingga RM250,000, jika sabit kesalahan.
"Bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan terkawal, boleh didenda hingga RM10,000 atau kompaun hingga RM5,000 bagi individu. Manakala bagi syarikat, denda hingga RM20,000 atau kompaun hingga RM10,000," katanya.
Beliau menegaskan KPDNKK akan melaksanakan pemantauan agresif bagi melindungi pengguna daripada kegiatan pengambilan keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak beretika.
Pengguna dan peniaga boleh membuat semakan harga barangan pada laman web KPDNKK di www.kpdnkk.gov.my.
Terdahulu, Hamzah melawat Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di Bandar Enstek, diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.
Beliau berkata lawatan itu bertujuan untuk memahami prosedur yang dijalankan makmal di MyHAC berkaitan kandungan sesebuah produk.
"Ramai rakyat bertanya kenapa lama sangat masa diambil untuk sesuatu produk, dan inilah jawapannya iaitu kajian ke atas sesebuah produk memang mengambil masa. Contohnya bulu babi, ia mengambil masa tujuh hingga 10 hari untuk dapatkan butiran produk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2018
Antara barangan yang disenaraikan dalam skim tersebut termasuklah ayam hidup, ayam standard dan ayam super. - Gambar fail/BERNAMA
MY-UAE CEPA turut beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi Islam
Kejayaan memeterai FTA pertama Malaysia dengan sebuah negara anggota GCC itu akan membuka ruang untuk perjanjian yang sama dengan negara anggota GCC yang lain dan GCC sendiri.
Integrasi AI dan Blok Rantai dalam Perkhidmatan Kerajaan Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan. Ketahui bagaimana teknologi ini dapat membanteras ketirisan kewangan dan sektor-sektor yang menjadi tumpuan pelaksanaan.
PM Anwar perkukuh hubungan dengan UK, tarik pelabur asing
Lawatan kerja Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom antara usaha untuk mengukuhkan hubungan perdagangan antara antara kedua-dua negara, termasuk meneroka potensi ekonomi baharu.
Forum Pelancongan ASEAN 2025 buka tirai hari ini
Forum ini akan dihadiri Menteri-Menteri pelancongan negara ASEAN, pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan wakil media daripada 10 negara anggota ASEAN.
AWANI Pagi: Eksport Bakat Lokal Tembusi Global
Ikuti diskusi bersama Hamidi Halim, Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Abroad EduWorld dan Subramaniam Sathasivam, Ketua Pegawai Eksekutif Crew Skills International mengenai usaha untuk meneroka peluang kalangan bakat kulinari tempatan bagi menempatkan diri mereka di persada global dengan mengikuti pendidikan ditawarkan dalam negara.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.
Gencatan senjata Gaza hampir dimeterai
Hamas memberitahu, kumpulan itu masih menunggu Israel menyerahkan peta yang menunjukkan bagaimana tenteranya akan berundur dari Gaza.
Penarik kenderaan bingung, dibacakan surah Yasin ketika mahu tarik motosikal
Pemilik motosikal itu dilihat membaca potongan surah Yasin, selain berdoa supaya motosikalnya tidak ditarik.
Banjir: Bomba bantu pindah calon SPM ke asrama
JBPM Sarawak membantu memindahkan calon peperiksaan SPM dari kediamannya di rumah panjang ke asrama sekolah.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi dan Amirul Aiman
- AADK sahkan 'magic mushroom' ganja sintetik
- UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
- 92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
#AWANIpagi #AWANInews
- AADK sahkan 'magic mushroom' ganja sintetik
- UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
- 92 juta pekerjaan akan pupus, apakah persediaan Malaysia?
#AWANIpagi #AWANInews
13 barang kawalan harga sempena Tahun Baharu Cina
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 jenis barangan menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baharu Cina.