Kementerian Kesihatan pada Khamis membatalkan notifikasi terhadap 12 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, produk berkenaan ialah '3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream', '5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream' dan '7th Series Yanko Whitening Cream Night' daripada syarikat Lurveya Sdn Bhd.
Selain itu 'Clair De Lune - P.Tuberose Day Cream' dan 'Clair De Lune - S.Involucrata Night Cream' dari syarikat Laurustinus Sdn Bhd; 'Dnars Nien Cream' (Rohban Trade Sdn Bhd); 'Glow Glowing N Glow' dan 'Glow Glowing T Treatment' (Qalbu Ocean Enterprise).
Ia juga termasuk 'VSL Beauty Care Toner A' dan 'VSL Beauty Care Toner B' daripada syarikat Qemrich Sdn Bhd; serta 'Dolly Glow Miracle Treatment Cream' dan 'Dolly Glow Luminous Night Cream' (Nh Biz Resources).
Katanya kesemua produk itu didapati mengandungi antara lain chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim, griseofulvin, metronidazole, ketoconazole, chlorpheniramine, hydroquinone dan tretinoin yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
"Penggunaan antibiotik (metronidazole, chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim), antifungal (ketoconazole, griseofulvin) dan antihistamin (chlorpheniramine) tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan mudarat kepada kesihatan.
"Sementara, penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan, boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif dan boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit," katanya.
Beliau mengingatkan penjualan dan pengedaran produk-produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dan memberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta.
Katanya individu melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," kata beliau.
Beliau berkata orang ramai yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik itu juga dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya, dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019
![12 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual 12 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514466842_KPK.jpg)
Noor Hisham mengingatkan penjualan dan pengedaran produk-produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dan memberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta. - Gambar fail
![Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738827102_Scam.jpg)
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
[TERKINI] Jurutera maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
![Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738820694_TBPutrajaya.jpg)
Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.
![Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738819029_TBSHUHADAANAK.jpg)
Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.
[TERKINI] Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
[TERKINI] Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
![KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738771879_produkkomestik.jpg)
KKM batal notifikasi lima produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
![KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668426646_KKM.jpg)
KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Produk tersebut ialah Flashhskinzz Night Cream dan Rissa Skin Moisturiser.
![KKM batal notifikasi Momila Beauty Whitening Cream KKM batal notifikasi Momila Beauty Whitening Cream](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661253831_MomilaBeautyWhiten.jpg)
KKM batal notifikasi Momila Beauty Whitening Cream
Notifikasi produk kosmetik Momila Beauty Whitening Cream telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia kerana dikesan mengandungi racun b
![12 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual 12 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51514466842_KPK.jpg)
12 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Katanya kesemua produk itu didapati mengandungi bahan-bahan yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.