SEGAMAT: Sebanyak 12 ekor kucing yang diletakkan dalam sangkar di luar rumah merupakan 'harta' pertama diselamatkan Faridah Idris, 50, sebaik menyedari air mula naik di sekitar rumahnya di Kampung Paya Merah Lama, Labis, di sini, Selasa lepas.
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.
"Kejadian berlaku selepas Subuh apabila saya perasan air naik sangat cepat akibat hujan berterusan sejak dari malam. Tanpa peduli harta benda lain, dalam fikiran saya ketika itu hanya mahu selamatkan kucing saya terlebih dahulu.
"Ketika itu suami tiada di rumah kerana hantar anak balik ke Batu Pahat. Saya pula tidak berapa sihat, jadi saya segera minta bantuan seorang lagi anak untuk pindahkan kucing berkenaan ke atas lori milik suami. Alhamdulillah, semua kucing itu selamat," katanya yang ditemui Bernama ketika sedang membersihkan kediamannya di sini.
Begitupun, Faridah berkata dia dan suami agak terkilan kerana hampir separuh daripada 60 ekor ayam yang diternak 'lesap' ekoran banjir tersebut.
"Kesemua ayam kami kurung dalam reban, tetapi arus banjir yang kuat menyebabkan dua reban rosak. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, sukar nak selamatkan semuanya lebih-lebih lagi apabila ada yang terbang entah ke mana.
"Ayam ini kami bela untuk kegunaan sendiri, bukan untuk meniaga dan baru-baru ini banyak yang sudah menetas. Mungkin bukan rezeki kami apabila habis semua telur ayam hanyut dan rosak," katanya.
Faridah yang mengusahakan kedai makan secara kecil-kecilan berkata, kampungnya itu memang selalu dilanda banjir kerana terletak di kawasan rendah, namun masalah longkang yang tersumbat menjadikan banjir kali ini antara yang terburuk.
"Longkang di sini banyak yang tersumbat dengan sampah, ranting pokok dan daun sawit. Jadi, saya berharap pihak berkuasa tempatan boleh bantu bersihkan supaya penduduk kampung tidak terus menjadi mangsa banir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023
Kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang. - Gambar/ Twitter @Bernama
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Empat sungai di Kedah lepas paras bahaya, satu PPS diaktifkan
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka jam 2.30 pagi tadi selepas kediaman mangsa dilanda banjir.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.