KUALA LUMPUR :Seramai 86,398 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak Julai lalu, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, semua mereka telah ditempatkan di 78 hotel dan 19 Institut Latihan Awam (ILA) di seluruh negara.
“Daripada jumlah itu, seramai 12,827 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 543 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian terhadap 11 jenis bekalan barangan di 689 premis perniagaan.
“Ia termasuk peruncit (518), pemborong (143) dan pengilang (28). Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
“Pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan 525 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan semua premis diperiksa mematuhi SOP ditetapkan.
“Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” ujarnya.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sudah melakukan pemeriksaan terhadap 7,965 tapak binaan di seluruh negara sehingga 11 Disember.
“Semalam, anggota penguat kuasa telah membuat pemeriksaan di 11 tapak binaan di seluruh Malaysia dan kesemua tapak binaan yang diperiksa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.
Astro Awani
Sat Dec 12 2020
Seramai 12,827 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 543 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. - Gambar BERNAMA
Pasport terbang: Tiga anggota penguat kuasa direman enam hari
Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti 'pasport terbang'.
Perdagangan Malaysia pada Jun meningkat kepada RM237.81 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan trajektori peningkatan, berkembang secara konsisten sejak Januari 2024 dan merekodkan kenaikan 8.7 peratus tahun ke tahun pada Jun 2024 kepada RM237.81 bilion.
EPL: Leny Yoro pemain terbaharu sertai Manchester United
Manchester United memperkuatkan barisan generasi baru pasukan itu apabila mendatangkan seorang lagi pemain muda, Leny Yoro, dari Lille.
AWANI Ringkas: GST | Kerajaan belum hasrat laksana semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Operator kilang maki polis didenda RM5,450
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, J Daniel, 31, membuat pengakuan itu sejurus tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.
WTO mulakan kajian semula dasar perdagangan China
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memulakan kajian semula terhadap dasar perdagangan China untuk kali kesembilan dan disambut kesediaan China membuka pasaran kepada pelabur asing.
Ucapan cucu Donald Trump tarik perhatian
Kai yang merupakan cucu sulung Trump turut mendedahkan sikap Trump yang dianggap sama seperti datuk lain yang gemar memanjakan cucu.
Tiga borang pencalonan PRK Nenggiri dibeli setakat ini - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan tiga borang pencalonan bagi PRK Nenggiri di Gua Musang telah dibeli setakat ini.
Rafizi jawab tohmahan ringgit turun, saham turun, pelabur lari
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyelar hantaran portal berita pro-PAS yang mengeluarkan kenyataan mengenai prestasi ekonomi negara yang tidak berasaskan kepada fakta.
IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution
Sebanyak 348 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai
Individu yang disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat sesak.
Gejala sakit perut, kapal persiaran bawa 3,000 penumpang dikuarantin
Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal terkandas di atas sebuah kapal persiaran di perairan Mauritius, kata syarikat Amerika Syarikat (AS), Norwegian Cruise Line pada Ahad.
Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD
Ia adalah kali pertama sejak Mac 2018 kerajaan menaikkan tahap amaran ke peringkat tertinggi.
542 burung dari luar negara dikuarantin di Pulau Pinang
Kesemua burung-burung tersebut dari Singapura, Republik Czech dan Papua New Guinea.
China tarik balik syarat kuarantin pelancong antarabangsa bermula 8 Januari
China akan menarik balik syarat kuarantin dikenakan terhadap pelancong antarabangsa bermula 8 Januari depan susulan protes rakyatnya terhadap dasar sifar-COVID.
COVID-19: 866 kes baharu, 10 kematian
Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,763 kes.
COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.
Kuarantin pelawat antarabangsa di hotel Hong Kong berakhir mulai Isnin
Penamatan kuarantin hotel itu berkuat kuasa pada Isnin, dua tahun selepas peraturan itu dilaksanakan bagi menangani jangkitan COVID-19.
COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.
Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan
Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.