Sebanyak 111 premis makanan di sekitar negeri ini diarahkan tutup selama tujuh hari kerana gagal mematuhi dan mengabaikan aspek kebersihan dalam operasi tahun ini dari Januari hingga 17 Sept.
Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata arahan itu dikeluarkan dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan ke atas 3,961 premis sepanjang tempoh tersebut.
Pada masa sama, katanya, sebanyak 347 notis kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 turut dikeluarkan, membabitkan kompaun berjumlah RM36,615.
"Jabatan Kesihatan Melaka telah melakukan 158 operasi pemeriksaan premis dalam tahun ini secara bersendirian manakala 16 operasi dilakukan secara bersepadu bersama pihak berkuasa tempatan negeri ini.
"Pemeriksaan melibatkan kedai makan atau restoran, gerai makan, kilang makanan, kantin kilang, hospital, pejabat, institusi pengajian tinggi, kem Program Latihan Khidmat Negara, kantin sekolah, dapur asrama dan hentian rehat dan rawat di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada pemberita sebelum Ops Tom Yam dijalankan di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Melaka Dass Kandunni dan Pegawai Epid Daerah, Pejabat Daerah Melaka Tengah Dr Noor Aizam Said.
Mengulas lanjut, Ghazali berkata sebanyak 211 notis kesalahan dengan jumlah kompaun RM21,100 dikeluarkan kerana kegagalan pengusaha premis memastikan setiap pengendali makanan menjalani latihan pengendalian makanan dan mendapat suntikan anti tifoid.
Beliau berkata sebanyak 78 notis kesalahan dengan jumlah kompaun RM7,800 dikeluarkan kerana pengusaha makanan gagal menjaga kebersihan diri termasuk memakai aksesori dan berkuku panjang.
"Sebanyak 58 notis kesalahan dengan nilai kompaun RM7,715 juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya hurungan serangga, suhu sejuk beku yang tidak mencukupi dan masalah pembuangan sampah," katanya.
Sementara itu, dalam Ops Tom Yam yang dijalankan malam tadi, sebanyak lima restoran menjual tom yam diarah tutup kerana gagal mematuhi tahap kebersihan dan amalan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Beliau berkata sebanyak 13 notis kesalahan dengan nilai kompaun RM4,500 turut dikeluarkan dalam pemeriksaan melibatkan lapan premis menjual tom yam di Batu Berendam, Bachang, Peringgit, Bukit Serindit dan Bukit Baru. -Bernama
Bernama
Tue Sep 27 2016
Sebanyak 347 notis kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 turut dikeluarkan, membabitkan kompaun berjumlah RM36,615. -Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
111 premis makanan di Melaka diarah tutup
Sebanyak 347 notis kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 turut dikeluarkan, membabitkan kompaun berjumlah RM36,615.