KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menerima 111,807 permohonan penggajian pekerja asing hingga semalam sejak ia mula dibuka pada 15 Feb lepas, kata Menterinya Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 77,848 permohonan membabitkan penggajian pekerja dalam sektor perkilangan, diikuti sektor perladangan dengan 13,119 permohonan, perkhidmatan (10,611), pembinaan (8,530) dan pertanian (1,699).
"Saya tidak menafikan pada peringkat awal permohonan ini dibuka terdapat majikan yang menghadapi kesukaran untuk memohon secara dalam talian.
"Ini kerana jumlah permohonan yang tinggi memandangkan permohonan untuk pekerja warga asing telah dihentikan buat sementara sejak Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saravanan berkata selain itu, majikan juga dibenarkan menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS) untuk mengemukakan permohonan pekerja asing meskipun sebelum ini diumumkan permohonan pekerja secara dalam talian perlu diisi oleh majikan kecuali permohonan untuk pembantu rumah asing (PRA).
"Semasa sesi pertemuan dengan pihak majikan dan persatuan baru-baru ini, saya telah dimaklumkan mengenai masalah dihadapi oleh majikan semasa membuat permohonan dan mereka telah menggunakan khidmat APS bagi tujuan tersebut.
"Sehubungan itu, APS boleh membuat permohonan bagi pihak majikan dengan syarat bahawa permohonan tersebut dikemukakan dengan pengetahuan dan kebenaran majikan," katanya.
Pada 10 Dis lepas, Saravanan dilaporkan berkata negara berdepan masalah kekurangan pekerja yang kritikal membabitkan lima sektor 3D (kotor, bahaya, sukar) iaitu perladangan, pembuatan, pembangunan, pertanian dan perkhidmatan kerana tidak mendapat sambutan rakyat tempatan.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa semua kemasukan pekerja asing perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pekerja asing yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada 14 Dis 2021.
SOP tersebut merangkumi empat fasa iaitu prapelepasan, semasa ketibaan, selepas ketibaan iaitu tempoh kuarantin dan pascakuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022

Saravanan berkata selain itu, majikan juga dibenarkan menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS) untuk mengemukakan permohonan pekerja asing. - Foto BERNAMA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.

MPIC beri tumpuan kepada penjenteraan, automasi untuk atasi kekurangan tenaga kerja
Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti
AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.

65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.

Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.

Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.

Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).