Sebanyak 11 utas jam tangan mewah pelbagai jenama bernilai sehingga RM52,500 dilarikan perompak apabila memecah masuk sebuah kediaman di Taman Mutiara, Yong Peng.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan KS Mender Singh, berkata dalam kejadian jam 3.40 pagi, kehadiran perompak lewat disedari pemilik yang juga pengusaha ladang sawit berikutan mangsa dan keluarga tiada di rumah kerana bercuti di Genting Highlands, Pahang.
Menurut Mender Singh, mangsa hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas menerima amaran penggera yang disambung ke telefon pintar.
“Sebaik menerima makluman mangsa, sepasukan polis dikejarkan di sebuah taman perumahan di pekan Yong Peng. Setibanya anggota di rumah mangsa mendapati penyamun sudah melarikan diri bersama 11 utas jam mewah berkenaan. Bagaimanapun, cap jari penjenayah berjaya dikesan di lokasi kejadian.
“Sebanyak 11 jam tangan mewah itu membabitkan seutas jam tangan jenama Rado (berwarna perak), Panerei (perak), dua jam Oris (perak dan hitam), Mido (emas), Orient (hitam), dua jam tangan Ball (perak), Epos (perak), Omega (biru gelap) dan Gucci (emas),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.
Menurutnya, pada masa sama, penyamun turut melarikan wang Yuan China bernilai RM3,000 dan Dolar Singapura bernilai RM120 dari rumah mangsa termasuk dekoder CCTV rumah mangsa.
Mender Singh memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam urusan jual beli jam tangan mewah yang dilihat mencurigakan.
“Kita minta mereka lapor kepada polis dengan segera sekiranya mendapat tahu aktiviti jualan mereka.
“Diharap agar mana-mana individu tidak terlibat dengan urusan jual beli seumpama ini kerana jika berdegil, pembeli turut boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, “ katanya.
Sinar Harian
Tue Sep 11 2018

Mender Singh berkata dalam kejadian jam 3.40 pagi, kehadiran perompak lewat disedari pemilik yang juga pengusaha ladang sawit berikutan mangsa dan keluarga tiada di rumah kerana bercuti di Genting Highlands, Pahang. - SinarHarian.com

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad Twelve 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.

Pengurus kedai kek didakwa tipu pembelian jam tangan bernilai lebih RM300,000
Seorang pengurus sebuah kedai kek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan dalam urusan pembelian seutas jam tangan berjenama bernilai lebih RM300,000.

Sistem kesan apnea tidur Samsung Galaxy Watch terima kelulusan FDA
Sistem pengesanan apnea tidur Samsung memerlukan waktu tidur pemakai dijejak selama empat jam sehari selama dua hari.

Bostami Ahmad melakar nama dalam dunia jam tangan
Jam tangan edisi terhad Artwist memaparkan karya seni unik artis dari serata dunia.

Pengarah ZCSB beri jam tangan Maurice Lacroix sempena hari jadi Lim Guan Eng
Pengarah ZCSB memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau memberikan wang RM100,000 dan seutas jam tangan jenama Maurice Lacroix bernilai RM43,000 kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun kelahirannya.

Samsung lancar UI terbaharu Galaxy Watch
Antara muka pengguna One UI Watch dengan sistem operasi yang dibangunkan bersama Google untuk pengalaman yang lebih lancar di antara jam tangan Galaxy Watch dan telefon pintar Android.

Pengurusan kes kehadiran pihak ketiga untuk tuntut harta Najib, 17 lain ditetap 11 Nov
Sekiranya tiada mana-mana pihak ketiga tampil membuat tuntutan, mahkamah akan meneruskan kes tersebut dengan menetapkan tarikh perbicaraan.

Energi sukan premium dan gaya profesional dalam Breitling Endurance Pro!
Serlahkan gabungan gaya aktif sukan premium dan profesional anda dengan model terbaharu Breitling Endurance Pro hasil ciptaan jenama jam tangan terkemuka, Breitling dari Switzerland.

Samsung lancar Galaxy Unpacked 2020 awal Ogos
Di Korea Selatan, Galaxy Note 20 akan dilancarkan pada 21 Ogos, dengan tempahan awal turut dibuka pada tarikh yang sama.

Tidak wujud projek menyebabkan setiausaha politik disiasat SPRM - Salahuddin
Beliau berkata, siasatan SPRM terhadap setiausaha politiknya juga telah selesai dan setakat ini tiada sebarang tindakan diambil ke atas lelaki berkenaan.