KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Kelima Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia Afrika (AALCO), Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi sesi 2023-2025.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kerajaan menubuhkan Lembaga Penasihat AIAC sebagai langkah penambahbaikan Majlis Penasihat AIAC sedia ada.
Ia menyebut Lembaga Penasihat AIAC ini antaranya akan memainkan peranan semak dan imbang, selain menyumbang pandangan, cadangan serta nasihat strategik berkenaan pentadbiran dan pengurusan AIAC yang diterajui Pengarah AIAC.
"Lembaga Penasihat ini juga bertanggungjawab dalam merangka dasar penting, menentukan strategi serta pelan tindakan bagi memperkukuh dan mempertingkat aktiviti AIAC.
"Ia penting agar kedudukannya sebagai badan bebas sentiasa terpelihara dan berdaya saing selain meletakkannya sebagai pusat penyelesaian pertikaian utama di rantau Asia Pasifik mahupun di petrsada antarabangsa selari matlamat Malaysia MADANI," menurut kenyataan itu.
Menurut BHEUU, lmbaga itu turut dianggotai 10 ahli melibatkan pelbagai latar belakang dengan semua lantikan dibuat Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azlina Othman Said.
Dalam perkembangan berkaitan, menurut BHEUU, kerajaan juga sebelum ini bersetuju supaya Perjanjian Antara Kerajaan Malaysia dan AALCO berkaitan AIAC di Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Host Country Agreement (HCA) diperbaharui bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 15 Mac lepas hingga 14 Mac 2028.
"Ini juga dibuat susulan hasrat dan komitmen dinyatakan AALCO untuk memperbaharui HCA. HCA ini akan memastikan kesinambungan dan kelangsungan AIAC yang memberikan perkhidmatan ADR (Penyelesaian Pertikaian Alternatif) di dalam dan luar negara dari tahun 1978," katanya.
BHEUU mmklumkan pembaharuan perjanjian ini juga akan meletakkan Malaysia terus kekal sebagai hab ADR yang terjaga dan terjamin.
Menurutnya, kerajaan juga berharap dengan pelantikan barisan Lembaga Penasihat AIAC dan pembaharuan HCA akan dapat memastikan AIAC diletakkan sebagai sebuah badan yang unggul serta berdaya saing setanding dengan pusat timbang tara lain di arena antarabangsa.
Senarai 11 anggota Lembaga Penasihat AIAC 2023-2025
PENGERUSI: Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad (Setiausaha Agung Kelima AALCO dan Profesor Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
AHLI:
1. Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh - Peguam Cara Negara di Jabatan Peguam Negara
2. Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud - Ketua Pengarah BHEUU, JPM
3. Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof - Bekas Speaker Dewan Rakyat / bekas Hakim Mahkamah Rayuan
4. Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen - Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima Bhd
5. Karen Cheah Yee Lynn - Presiden Majlis Peguam Malaysia
6. Datuk Philip Chan Hon Keong - Pengamal Undang-Undang
7. Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin - Pengamal Undang Undang
8. Michael Chai Woon Chew - Pengamal Undang-Undang
9. Prof Doug Jones - Felo Profesor University of Melbourne / Profesor Pelawat Queen Mary, University of London
10. Prof Philip Yang - Profesor City University of Hong Kong / Pengerusi Kehormat Hong Kong International Arbitration Centre (HKIAC)
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kerajaan menubuhkan Lembaga Penasihat AIAC sebagai langkah penambahbaikan Majlis Penasihat AIAC sedia ada.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

11 dilantik anggotai Lembaga Penasihat AIAC
Kerajaan menubuhkan Lembaga Penasihat AIAC sebagai langkah penambahbaikan Majlis Penasihat AIAC sedia ada.