107 rakyat Malaysia dari Wuhan ditempatkan di AKEPT, dibenarkan pulang hari ini

Fareez Azman
Februari 18, 2020 19:00 MYT
107 rakyat Malaysia dari Wuhan yang ditempatkan di Pusat Pemantauan (Surveillance Center) di Akedemi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Nilai, Negeri Sembilan dibenarkan pulang hari ini (Selasa). Gambar: KKM
107 rakyat Malaysia dari Wuhan yang ditempatkan di Pusat Pemantauan (Surveillance Center) di Akedemi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Nilai, Negeri Sembilan dibenarkan pulang hari ini (Selasa).
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ia selepas ujian pengesanan kali kedua dibuat terhadap kesemua mereka mendapati negatif COVID-19.
”Kementerian Kesihatan memaklumkan, 107 rakyat Malaysia dan ahli keluarga dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Ia setelah tempoh pengawasan tamat di (AKEPT), sampel ulangan 107 rakyat Malaysia itu telah disahkan negatif,” katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Selasa.
Jelas Dzulkefly, ia termasuk dua kes membabitkan seorang kanak-kanak lelaki dan ayahnya yang sebelum ini positif COVID-19, telah pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan.
“Kes tersebut kes 11 dan 12, iaitu kes seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun dan ayahnya berumur 45 tahun.
“Mereka telah menerima rawatan di wad dan menjalani ujian pengesanan dua kali berturut-turut dan ianya negatif,” katanya
Sehingga kini, jumlah kumulatif COVID-19 kekal 22 kes, 9 kes daripadanya masih dirawat di wad, manakala 13 telah sembuh sepenuhnya.
#China #COVID-19 #isolasi #Kementerian Kesihatan #KKM #koronavirus #Media #menteri #Negeri Sembilan #Putrajaya #rakyat Malaysia #wabak #Wuhan
;