PUTRAJAYA: Seramai 105,000 pekerja sektor peruncitan dijangka dapat divaksin sebelum 31 Ogos ini dengan pembukaan empat lagi pusat pemberian vaksin industri (PPVIN) di bawah Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC), kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
KPDNHEP dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat PPVIN RiVAC tambahan itu terletak di IOI City Tower, Putrajaya yang akan beroperasi pada 26 Julai hingga 13 Sept, Petaling Jaya Performing Art Center di Bandar Utama, Selangor (27 Julai hingga 20 Sept), Centro Mall di Klang, Selangor (26 Julai hingga 16 Sept) dan AEON Mall di Nilai, Negeri Sembilan yang tarikh operasinya akan diberitahu kelak.
Kenyataan itu menyebut PPVIN RiVAC pertama iaitu di Mid Valley Exhibition Center, Kuala Lumpur boleh menampung 31,500 orang untuk divaksinasi sepanjang ia beroperasi iaitu dari 26 Julai hingga 6 Sept.
Keempat-empat PPVIN tambahan masing-masing mempunyai kapasiti maksimum 21,000 orang sepanjang tempoh operasi.
"Melalui RiVAC, semua pekerja yang menyantuni pengguna dan menyediakan persiapan logistik dalam premis perniagaan sekurang-kurangnya telah membina imuniti diperlukan yang sekali gus mengurangkan risiko penularan termasuk pengguna dan ahli keluarga mereka," menurut kenyataan itu.
KPDNHEP- RIVAC 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
KPDNHEP juga meminta semua syarikat sektor peruncitan termasuk pasar raya, kedai runcit, stesen minyak, restoran, bengkel, kedai perkakasan serta kedai gunting rambut menyertai RiVAC dan mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi untuk pekerja dengan segera.
"Kementerian sedang menimbangkan untuk menjadikan vaksinasi semua pekerja sesebuah syarikat sebagai antara prasyarat untuk kelulusan beroperasi syarikat itu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) terutama bagi aktiviti ekonomi yang melibatkan sentuhan dan interaksi bersemuka secara berdekatan," katanya.
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui portal KPDNHEP (https://rov.kpdnhep.gov.my/rov) atau berhubung terus dengan Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian 03- 8882 5881/ 5905 atau e-mel kepada rov@kpdnhep.gov.my.
Program (RiVAC) dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi serta pemain industri peruncitan dan pengedaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Seramai 105,000 pekerja sektor peruncitan dijangka dapat divaksinasi sebelum 31 Ogos ini dengan pembukaan empat lagi PPVIN di bawah Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RIVAC). - Gambar hiasan/BERNAMA
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
105,000 warga sektor peruncitan divaksinasi sebelum 31 Ogos - KPDNHEP
Seramai 105,000 pekerja sektor peruncitan dijangka dapat divaksinasi sebelum 31 Ogos ini dengan pembukaan empat lagi PPVIN di bawah Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RIVAC).