KUALA LUMPUR: Program Musa'adah Tijariyyah 2.0 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan antara empat program penanda aras pencapaian kejayaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).
Menterinya Senator Idris Ahmad berkata program berbentuk bantuan perniagaan sebanyak RM3,000 itu dilihat memberi impak positif kepada 1,000 usahawan asnaf yang kekurangan modal atau ingin mengembangkan perniagaan di Wilayah Persekutuan.
Program yang diperkenalkan sejak Mac 2021 itu telah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu 700 individu, sekali gus mempamerkan kesungguhan pihaknya dalam membantu golongan asnaf keluar daripada tampuk kemiskinan.
"Kita memperuntukkan RM3 juta untuk tujuan ini. Jadi ini bukanlah bantuan berbentuk pinjaman atau geran. Ia bukanlah bantuan jangka pendek, malah membantu mereka meningkatkan taraf hidup dalam jangka panjang," katanya selepas siaran Buletin Bernama, terbitan Bernama TV di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, sepanjang 100 hari pentadbiran jabatannya juga, Idris berkata seramai 47 asnaf telah menerima manfaat dari Program MyHaus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan keseluruhan berjumlah kira-kira RM2.35 juta.
"Dalam projek ini, KPI yang telah saya sasarkan sebelum ini kepada Perdana Menteri adalah 45 rumah dan ia berjaya melepasi sasaran apabila kita memperuntukkan bantuan kira-kira RM50,000 bagi setiap rumah dengan kriteria penerimanya terdiri daripada kalangan peniaga kecil-kecilan," katanya.
Idris yang juga muka baharu dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu, pencapaian Program Inspirasipreneur YaPIEM turut wajar diberi perhatian kerana setakat 1 Sept hingga 9 Dis ini, seramai 8,387 peserta atau 97.35 peratus telah berjaya dikesan daripada sasaran 8,600 peserta untuk ditransformasikan.
Selain itu, katanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah berjaya memperkasakan industri Pensijilan Halal Malaysia apabila berjaya menyelesaikan 104 atau 75 peratus daripada 168 permohonan sijil pengesahan halal Malaysia dalam tempoh 30 hari bagi permohonan yang tidak mempunyai teguran audit.
Dalam pada itu, Idris berkata terdapat 208 program telah dirancang 14 agensi di bawah kementerian merangkumi lima strategi 'Inisiatif Mantap' yang memberi fokus dalam pelaksanaan dasar dan program ke arah membawa keluar Keluarga Malaysia daripada kesempitan hidup akibat pandemik COVID-19.
Inisiatif berorientasikan program (program oriented) dan turun padang itu selari dengan saranan Perdana Menteri bahawa fokus utama kerajaan adalah untuk menjaga kebajikan rakyat agar segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi.
"Sehingga kini sebanyak 137 program atau 66 peratus telah selesai dilaksanakan manakala selebihnya 69 program dijangka selesai sebelum 9 Dis ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
![100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI - Idris Ahmad 100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638099444_IdrisAhmad.jpg)
Idris berkata program berbentuk bantuan perniagaan sebanyak RM3,000 itu dilihat memberi impak positif kepada 1,000 usahawan asnaf yang kekurangan modal atau ingin mengembangkan perniagaan di Wilayah Persekutuan. - Foto BERNAMA
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647531361_LogoKementerianPe.jpg)
Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.
![JPM, KKD bincang penubuhan pasukan petugas untuk bendung penipuan dalam talian - Fahmi JPM, KKD bincang penubuhan pasukan petugas untuk bendung penipuan dalam talian - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689990142_FahmiFadzil.jpg)
JPM, KKD bincang penubuhan pasukan petugas untuk bendung penipuan dalam talian - Fahmi
Fahmi berkata ini adalah antara langkah bagi menghentikan sepenuhnya penipuan komersial yang semakin meningkat susulan kemajuan dalam teknologi digital dan memerangi penipu.
![JPM Hal Ehwal Agama, HGIM jalin kerjasama dalam pembangunan kefahaman Islam JPM Hal Ehwal Agama, HGIM jalin kerjasama dalam pembangunan kefahaman Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689927084_DrMohdNaimMokhta.jpg)
JPM Hal Ehwal Agama, HGIM jalin kerjasama dalam pembangunan kefahaman Islam
Ia bagi memperkasakan hal ehwal Islam di Malaysia dalam aspek pembangunan fitrah, budaya kesederhanaan Islam dan nilai wasatiyyah.
![Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690715092_AnwarIbrahim.jpg)
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
![Kenyataan media dakwa Zulkapli disiasat adalah palsu - JPM Kenyataan media dakwa Zulkapli disiasat adalah palsu - JPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690344941_palsu.jpg)
Kenyataan media dakwa Zulkapli disiasat adalah palsu - JPM
Kenyataan media bertajuk 'Siasatan Ke Atas Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam' yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri adalah palsu.
![Anwar hadir majlis Madani Aidilfitri JPM, sambutan hari raya KKM Anwar hadir majlis Madani Aidilfitri JPM, sambutan hari raya KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684306720_TBanwaribrahim.jpg)
Anwar hadir majlis Madani Aidilfitri JPM, sambutan hari raya KKM
Anwar meluangkan masa hampir sejam pada majlis itu dan sempat beramah mesra dengan kira-kira 3,000 penjawat awam daripada agensi dan jabatan di bawah JPM.
![Poster tular 'Kredit Shopee RM400' palsu - JPM Poster tular 'Kredit Shopee RM400' palsu - JPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680692918_shopeepalsu.jpg)
Poster tular 'Kredit Shopee RM400' palsu - JPM
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini, JPM menegaskan bahawa poster berkenaan adalah palsu.
![PM seru kakitangan awam bawa perubahan pada negara PM seru kakitangan awam bawa perubahan pada negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669684550_PerdanaMenteriAnw.jpg)
PM seru kakitangan awam bawa perubahan pada negara
Ujar Anwar Ibrahim, matlamat itu mungkin sukar dicapai sekiranya tidak menerima kerjasama daripada semua pihak.
![Tarekat: Ahmad Marzuk perlu guna saluran betul - NGO Tarekat: Ahmad Marzuk perlu guna saluran betul - NGO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650378950_TBEngkuAhmadFadzil.jpg)
Tarekat: Ahmad Marzuk perlu guna saluran betul - NGO
Datuk Ahmad Marzuk Shaary diingatkan agar menggunakan saluran yang betul apabila memberikan pendapat peribadi mengenai tarekat dan tasawuf.
![100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI - Idris Ahmad 100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638099444_IdrisAhmad.jpg)
100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI - Idris Ahmad
Program Musa'adah Tijariyyah 2.0 MAIWP merupakan antara empat program penanda aras pencapaian kejayaan JPM Hal Ehwal Agama dalam AKM.