PORT DICKSON: "Bila nak pindah?"
Itu persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah di sini selepas sekian lama mereka terpaksa mengikuti pembelajaran di bangunan yang serba kekurangan termasuk kelas diperbuat daripada kabin.
Meskipun bangunan baharu telah pun siap dibina dua tahun lalu, namun sekolah itu masih menumpang di kawasan Masjid Kariah Kampung Chuah.
Keadaan itu bukan saja membuatkan ibu bapa tertanya-tanya, malah begitu juga penduduk dan alumni sekolah berkenaan.
Berikutan itu, seramai 100 individu mengadakan piket secara aman di luar bangunan baharu berkenaan pada Sabtu bagi mendesak pihak berwajib mengambil tindakan lanjut.
Wakil mereka yang juga merupakan bekas pelajar sekolah itu, Rahim Yaacob, 54, berkata, perhimpunan itu bukan bertujuan atas kepentingan diri tetapi atas dasar keprihatinan sebagai keluarga pelajar dan bekas pelajar.
"Kita tidak boleh berterusan membiarkan guru-guru dan pelajar-pelajar berada di dalam bangunan yang daif dan usang sedangkan bangunan baharu dah siap lama.
"Kami hanya minta hak mendapatkan keselesaan dan keselamatan dalam pembelajaran anak-anak kami," katanya pada sidang akhbar di sini pada Sabtu.
Menurutnya, apa sahaja permasalahan yang timbul perlu diselesaikan segera dan bukannya memberi alasan sama yang tidak pasti berulang kali.
Jelasnya, sudah terlalu lama para pelajar sekolah itu terpaksa menumpang di dalam kawasan Masjid Kariah Kampung Chuah yang sempit dan tidak selesa.
"Dulu nak dapatkan bangunan baharu ini pun bukannya senang dan sekarang bila dah siap, tak boleh masuk pula.
"Janganlah bagi alasan dokumentasi lagi pada kami," katanya.
Sementara itu ibu pelajar sekolah itu, Sarimah Shamsudin, 45, berkata, mereka bukannya mahu memperbesarkan isu terbabit tetapi sudah buntu mencari jalan penyelesaian.
Ujarnya, hari demi hari mereka menantikan jawapan yang pasti daripada pihak berwajib namun malangnya ia seperti tiada penghujung.
"Pada tahun 2017 pun kita buat piket untuk segerakan pembinaan bangunan baharu. Bila bangunan dah siap, macam ini pula.
"Kasihan pada pelajar-pelajar dan guru-guru. Paling sengsara kalau elektrik tiada kerana kelas di dalam kabin keadaannya panas," katanya.
Sehubungan itu dia sangat berharap pihak berwajib dapat bertindak segera bagi memastikan para pelajar dapat belajar dalam suasana lebih selesa.
Untuk rekod, SMA Chuah pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Ugama Menengah Rendah Chuah dan telah memulakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1959 di dalam kawasan Masjid Kampung Chuah.
Pada tahun 1977, bangunan baharu telah pun dibina dan 20 tahun kemudian bangunan sambungan didirikan dan berikutan penambahan bilangan pelajar sehingga kini, empat buah kabin telah digunakan sebagai bilik darjah.
Kemudian, sekolah terbabit telah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan pada tahun 2018 majlis pecah tanah pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan telah dimulakan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 13 2022
![100 berpiket sebab gagal pindah bangunan sekolah baharu 100 berpiket sebab gagal pindah bangunan sekolah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660427730_SekolahPindah.jpg)
Seramai 100 orang terdiri daripada ibu bapa, penduduk dan alumni SMA Chuah berpiket secara aman bagi mendesak pihak berwajib membantu agar para pelajar dapat berpindah ke bangunan sekolah baharu secepat mungkin. (Sarimah) -Foto Sinar Harian
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
![100 berpiket sebab gagal pindah bangunan sekolah baharu 100 berpiket sebab gagal pindah bangunan sekolah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660427730_SekolahPindah.jpg)
100 berpiket sebab gagal pindah bangunan sekolah baharu
Meskipun bangunan baharu telah pun siap dibina dua tahun lalu, namun sekolah itu masih menumpang di kawasan Masjid Kariah Kampung Chuah.
![Pahang cadang pindah sekolah terjejas banjir ke lokasi baharu - Exco Pahang cadang pindah sekolah terjejas banjir ke lokasi baharu - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641898230_banjirDatukSyed.jpg)
Pahang cadang pindah sekolah terjejas banjir ke lokasi baharu - Exco
Usaha itu sebagai langkah bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang yang telah mengakibatkan kerosakan dan kerugian yang besar akibat banjir.