Revolusi baru dunia hiburan masa kini, Chromecast adalah peranti kecil yang membenarkan media streaming apabila dipasangkan ke dalam port HDMI televisyen.

Pengguna hanya perlu menggunakan gajet komunikasi peribadi lalu menyalurkan paparan ke skrin besar.

Berikut merupakan 10 perkara mengenai Chromecast yang anda perlu tahu:


Pelbagai aplikasi
Chromecast serasi dengan pelbagai aplikasi peranti mudah alih antaranya YouTube,Viki, Plex, Twitch dan Just Dance Now.

Telefon sebagai alat kawalan jauh
Jadikan telefon bimbit sebagai alat kawalan jauh. Menggunakan sebahagian aplikasi, penguna boleh mencari, browse, play, pause, rewind malah mengawal kadar bunyi selain mencipta playlist sendiri.

Pelbagai pelantar telefon
Chromecast serasi bersama pelantar iOS bagi iPhone, dan telefon pintar Android. Peranti hiburan ini turut boleh digunakan bersama tablet, Chrome for Windows, Chrome for Mac dan Chromebooks.

Multitasking
Menukar kepada aplikasi lain, membuka tab browser baru, atau membiarkan peranti memasuki sleep mode semasa menonton di televisyen. Semuanya boleh dilakukan dengan Chromecast tanpa menghabiskan bateri telefon, tablet atau komputer riba.

Layari internet di TV
Pengguna boleh membuka halaman internet terus ke kaca televisyen atau sekadar membelek galeri gambar dan muzik dari telefon, tablet atau komputer riba.

Paparan telefon di TV
Mahukan interface dari telefon muncul ke kaca televisyen? Tiada masalah kerana Chromecast membenarkan paparan secara terus dari pelantar Android di salurkan ke skrin besar di rumah.

TV sebagai hiasan gambar
Jika bosan dengan bingkai gambar yang sama di rumah, tukarkan skrin televisyen menjadi gambaran yang bertukar sepanjang masa menggunakan Chromecast.

Mudah digunakan
Chromecast boleh digunakan dalam 3 langkah mudah. (1) Pasangkan Chromecast ke televisyen, (2) sambungkan peranti kepada WiFi rumah, dan (3) tekan butang Google Cast yang tersedia di aplikasi pilihan semasa dibuka di telefon bimbit.

Untuk semua
Keluarga dan rakan boleh berkongsi menggunakan Chromecast melalui telefon bimbit dan tablet tanpa perlu apa-apa penetapan. Asalkan peranti tersebut mengunakan rangkaian WiFi yang sama.

Berpatutan
Chromecast dijual pada yang berpatutan iaitu RM170. Mampu dimiliki oleh setiap keluarga di Malaysia.

*Peranti Android yang serasi termasuklah: Nexus 4, Nexus 5, Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy S5, Galaxy Note3, HTC One M7, LG G3, LG G Pro2, Nexus 7 (2013 version) and Nexus 10 dengan KitKat MR1 atau lebih tinggi, serta pelbagai peranti baru yang akan datang.