KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 negara telah mengesahkan penyertaan bagi merebut kejuaraan dalam Kejohanan Tarian Naga dan Singa Asia ke-6 yang akan berlangsung pada 25 hingga 30 Okt ini di Stadium Tertutup Arena Johor Bahru.
Setiausaha Agung Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia Yong Kheng Chien memaklumkan negara terlibat ialah Malaysia, China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Beliau berkata mereka akan berentap menerusi 13 kategori yang dipertandingkan antaranya Tarian Gaya Bebas Singa Selatan, Tarian Gaya Wajib Singa Selatan, Tarian Gaya Bebas Singa Utara, Tarian Naga Gaya Bebas dan Tarian Halangan Singa Utara.
"Setakat ini, hanya lima negara akan sertai bawah kategori Tarian Singa Utara dan tujuh negara akan sertai Tarian Naga. Acara bagi Tarian Singa Selatan pula akan disertai semua negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ibu Pejabat Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia baharu di Wisma Majlis Olimpik Malaysia di sini hari ini.
Kheng Chien berkata Malaysia akan diwakili Hong Teik Sports Club Dragon dan Lion Dance Troupe bagi kategori Tarian Singa Selatan, manakala Gao Feng Dragon, Lion Dance Sports Association dan Yahyaawal akan memasuki kategori Tarian Naga.
Acara Tarian Singa Utara pula akan diwakili Golden Lion Sports Association.
"Kita menyasarkan sekurang-kurangnya mampu memenangi dua pingat emas pada temasya dua tahun sekali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023

Antara negara yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Malaysia, China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Filipina, Singapura dan Thailand. - Gambar fail/ Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

10 negara sah sertai Kejohanan Tarian Naga dan Singa Asia Ke-6
Sebanyak 10 negara telah mengesahkan penyertaan bagi merebut kejuaraan dalam Kejohanan Tarian Naga dan Singa Asia ke-6.