Sebuah bot tunda yang membawa muatan minyak sawit dari Felda Sahabat, Tungku ke Kuantan, Pahang hampir dirompak di perairan Tambisan dekat sini, petang semalam.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Hazani Ghazali berkata setibanya di perairan Tambisan sebuah bot yang dinaiki kira-kira 10 lelaki menghampiri dan menaiki bot tunda tersebut pada 6 petang.
"Tindakan pantas kesemua kru itu menyelamatkan diri dengan memasuki dek berkunci di dalam bot dan menghubungi pasukan keselamatan, bagaimanapun dapat menghalang mereka daripada menjadi mangsa rompakan di laut atau mengalami kecederaan.
"Kesemua penjenayah terlibat segera melarikan diri sebaik menyedari kehadiran bot keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengulangi saranan agar semua kapal atau bot di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) mengaktifkan AIS, melaporkan jadual perjalanan serta panggilan kecemasan sekiranya berlaku insiden tidak diingini di laut agar pihak ESSCom dapat mengambil langkah sewajarnya.
Beliau turut memberi peringatan kepada semua kapal yang melalui perairan kawasan ESSZone supaya berwaspada dan kerap melaporkan kedudukan pergerakan kapal kepada Pusat Operasi ESSCom untuk pemantauan keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 11 2018
HAZANI: Kesemua penjenayah terlibat segera melarikan diri sebaik menyedari kehadiran bot keselamatan. -Gambar fail
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Lelaki lari pemeriksaan polis ditemui mati di Sungai Perak
Seorang lelaki yang lari daripada pemeriksaan polis ditemui mati dalam keadaan terapung di Sungai Perak dekat Kampung Jagor Gerik pada Sabtu.
Keluarga tebusan gesa Netanyahu henti sabotaj usaha perjanjian
Benjamin Netanyahu, didesak segera menandatangani perjanjian yang boleh memulakan proses membawa pulang tebusan.
Isu agregator gas Sarawak: Petronas, Petros perlu muktamad rundingan dalam tempoh tiga bulan
Perbincangan antara Petros dan Petronas mengenai kawal selia minyak dan gas di Sarawak perlu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan.
Perkhidmatan media sosial perlu berlesen langkah tepat - Ahmad Zahid
Langkah MCMC yang memerlukan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet memohon lesen merupakan satu langkah tepat.
EPL: Arsenal tambah masalah kecederaan Man Utd
Manchester United tumbang dalam perlawanan pembukaan jelajah Amerika Syarikat (AS) menentang seteru Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, di Los Angeles, hari ini.
Pemandu lori didakwa tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual dengan memegang tangan, paha dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan.
Tiada lagi isu, bekalan air UMS pulih sepenuhnya
Bekalan air di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pulih sepenuhnya dan berupaya menampung keperluan pelajar sedia ada dan kemasukan baharu bagi sesi 2024/2025.
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah bangkit benam bekas juara dunia
Pearly-Thinaah turun bertemu dengan bekas juara dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dalam misi mencari kemenangan pertama.
Aiman Athirah enggan layan desakan letak jawatan daripada Maszlee
Sebaliknya, beliau hanya mahu lebih fokus dalam menjalankan tugasan hakiki beliau dan tidak mahu terheret dengan apa jua isu yang cuba dipolitikkan segelintir pihak.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.