KUALA LANGAT: Seramai 10 lelaki dipercayai ahli kumpulan pecah rumah Geng Amy Sandora ditahan pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam kejadian pecah stor simpanan peralatan katering di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, polis menerima laporan daripada seorang guru berusia 24 tahun mendakwa stor berkenaan dipecah masuk oleh beberapa individu tidak dikenali.
Menurutnya, dalam serbuan pertama, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menahan lapan lelaki tempatan yang sedang leka menghisap dadah di sekitar Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini
"Hasil soal siasat terhadap beberapa suspek yang ditangkap, serbuan kedua telah dibuat pada jam 3.10 pagi, Khamis dan polis berjaya memberkas rakan sejenayah iaitu dua lelaki tempatan di sekitar lokasi sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, antara perkakasan yang dicuri termasuk enam unit dulang bulat, dua tong gas, cawan dan pinggan (800), set dome (dua), tong nasi (dua), bateri lori (dua), set kamera litar tertutup (CCTV) (satu) dan empat buah bekas air.
Mengulas lanjut, Ahmad Ridhwan berkata, pihak polis berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa yang dilaporkan hilang pada hari kejadian.
Katanya, lapan daripada 10 suspek yang berusia dalam lingkungan 27 hingga 38 tahun mempunyai rekod lampau membabitkan kes narkotik, jenayah pecah rumah dan curi motosikal.
"Ahli kumpulan ini juga pernah ditangkap atas kesalahan yang sama pada tahun 2021.
"Kes disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 08 2022

Ahmad Ridhwan (tengah) menunjukkan barang-barang yang berjaya ditemui semula dalam serbuan berkenaan. - Foto Sinar Harian

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

10 lagi ahli Geng Amy Sandora diberkas
Lapan daripada 10 suspek yang berusia dalam lingkungan 27 hingga 38 tahun mempunyai rekod lampau membabitkan kes narkotik, jenayah pecah rumah dan curi motosikal.