PUTRAJAYA:Sebanyak 10 kementerian memperoleh status pencapaian tahap tertinggi iaitu Cemerlang (Lima Bintang) pada Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.
Kementerian tersebut adalah Jabatan Perdana Menteri (JPM); Kementerian Wilayah Persekutuan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Kesihatan; Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Kewangan; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Dalam Negeri.
"Ia mencerminkan kementerian terbabit telah melaksana keberkesanan tadbir urus, akauntabiliti Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan serta keterangkuman pembudayaan keselamatan perlindungan di segenap lapisan pegawai dan kakitangan awam," menurut JPM, dalam kenyataan hari ini, sempena majlis AKKP yang berlangsung semalam.
JPM memaklumkan sebanyak 63 jabatan dan agensi kerajaan peringkat Persekutuan dan negeri tersenarai sebagai penerima anugerah Cemerlang (Lima Bintang) dalam anugerah tersebut.
"Usaha pemerkasaan tadbir urus keselamatan perlindungan hendaklah diteruskan dan dijadikan agenda utama setiap jabatan kerajaan ke arah memastikan kerahsiaan maklumat dan aset kerajaan dilindungi setiap masa," katanya.
Menurut JPM, program AKKP yang dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), JPM secara dwitahunan itu adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan terjamin aspek keselamatannya setiap masa.
"Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan pembudayaan keselamatan perlindungan dalam kalangan pegawai awam malah menggalakkan persaingan sihat antara jabatan kerajaan dalam mengekalkan pengiktirafan sedia ada ataupun melipatgandakan usaha bagi yang belum memperolehi pengiktirafan tahap Cemerlang (Lima Bintang)," menurut kenyataan itu.
Tambah JPM, CGSO melaksanakan program Inspektorat Keselamatan Perlindungan secara komprehensif di seluruh negara bagi memastikan langkah kawalan keselamatan dilaksanakan secara holistik.
Tumpuan pelaksanaan Inspektorat adalah meliputi empat elemen utama keselamatan perlindungan iaitu keselamatan umum, fizikal, dokumen dan peribadi bagi memberi pengiktirafan terhadap tadbir urus keselamatan perlindungan terbaik dalam kalangan jabatan kerajaan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020

Sebanyak 10 kementerian memperoleh status pencapaian tahap tertinggi iaitu Cemerlang (Lima Bintang) pada AKKP Peringkat Kebangsaan 2019. - BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.

Pegawai SPRM ditempatkan sebagai Ketua Unit Integriti di semua kementerian - Azam Baki
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilantik sebagai Ketua Unit Integriti (KUI) di semua kementerian, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.

SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion
Beberapa siri serbuan telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari di sekitar Kuala Lumpur.

Pegawai Kesuma diminta turun ke setiap negeri, dengar masalah pekerja - Sim
Steven Sim berkata ia selaras dengan aspirasi 3K Kesuma iaitu untuk meningkatkan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja.

MITI bekerjasama dengan kementerian, agensi relevan tingkat bilangan pekerja mahir - Tengku Zafrul
Menerusi kerjasama itu semua pihak akan merangka perancangan yang sewajarnya untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir Malaysia.

Kementerian, jabatan diwajibkan hantar wakil hadiri Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023
Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan menghantar wakil seramai boleh bagi menghadiri Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023.

Hentikan anjurkan majlis besar-besaran untuk elak pembaziran - PM
Menurut Anwar antara amalan pembaziran tersebut termasuk pembelian pakaian baharu bagi sesuatu majlis atau program yang dilaksanakan.

Timbalan Menteri sedia guna pengalaman, bantu Kerajaan Perpaduan
Barisan Timbalan Menteri yang baru dilantik bersedia menggunakan pengalaman sendiri dalam membantu kementerian masing-masing.

Kementerian berkaitan perlu capai prestasi Jualan Murah Keluarga Malaysia 100 peratus
Annuar berkata ini kerana pelaksanaan program jualan di pusat JMKM itu yang bermula pada 19 Ogos lepas, setakat ini dilihat masih menunjukkan prestasi kurang memuaskan.