KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,317 kurier Malaysia komited untuk membina hubungan yang teguh dengan masyarakat tempatan, berdasarkan dapatan kajian Expressing Local Love 2023 Shopee Express yang dijalankan antara 9 Mac 2023 dan 31 Mac 2023.
Dalam kenyataan pada Selasa, Shopee Express berkata 87 peratus daripada kurier yang ditinjau menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang boleh dipercayai, melibatkan diri dengan orang dari pelbagai budaya dan memperolehi kefahaman yang lebih mendalam tentang kawasan yang mereka beroperasi.
Manakala, selebihnya percaya bahawa kerja mereka membolehkan perniagaan tempatan mengembangkan jangkauan pasaran, yang menyumbang kepada pertumbuhan mereka dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu.
Kajian tersebut turut menyatakan bahawa kejayaan perniagaan dan komuniti sangat bergantung pada kurier, khususnya perniagaan tempatan, mereka sentiasa menyesuaikan diri untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berubah.
Ia disokong dengan fakta bahawa 80 peratus kurier menghantar sekurang-kurangnya 80 bungkusan setiap hari, manakala selebihnya mengendalikan bilangan bungkusan yang lebih kecil disebabkan komitmen lain.
Shopee Express berkata 80 peratus kurier mengutamakan keperluan pelanggan dengan mengambil kira faktor seperti kesegeraan, lokasi dan masa, manakala 20 peratus mengambil kira keupayaan mereka sendiri, seperti saiz bungkusan, berat, dan pesanan yang diterima, semasa menilai kebolehlaksanaan penghantaran bungkusan.
Sebanyak 56 peratus kurier Shopee Express menikmati fleksibiliti dan rehat kerja, 25 peratus menghargai peluang untuk mengambil alih kejayaan termasuk kerja keras mereka serta 19 peratus lagi menghargai kerja berpasukan dan kursus latihan yang datang dengan menjadi sebahagian daripada komuniti.
Sejumlah 80 peratus kurier yang ditinjau mengenal pasti kejujuran serta kebolehpercayaan sebagai penting, mereka bertanggungjawab untuk menghantar bungkusan dengan selamat serta tepat pada masanya kepada pelanggan.
Ketua Shopee Express Cheah Lee Sun berkata kurier Shopee Express jelas memainkan peranan penting dalam komuniti yang mereka berkhidmat.
"Kami menghargai usaha gigih mereka untuk menyelesaikan penghantaran tepat pada masanya dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan.
"Sebagai tulang belakang perniagaan, kami di sini mendengar keperluan mereka dan menampung mereka sebanyak mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Kajian mendapati 80 peratus kurier mengutamakan keperluan pelanggan manakala 20 peratus mengambil kira keupayaan mereka sendiri semasa menilai kebolehlaksanaan penghantaran bungkusan. - Foto Shopee Malaysia
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
1,317 kurier Malaysia komited bina hubungan teguh dengan masyarakat tempatan
87 peratus daripada kurier yang ditinjau menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang boleh dipercayai.