GEORGE TOWN: Seramai 1,300 anggota dan pegawai polis Pulau Pinang akan ditugaskan sepanjang sambutan Thaipusam di negeri itu bagi memastikan kelancaran dan keselamatan upacara yang bermula 17 hingga 19 Januari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, PDRM juga akan dibantu agensi lain termasuk sukarelawan yang disediakan pihak kuil sepanjang sambutan keagamaan tersebut.
Selain itu katanya, seramai 70 anggota polis akan terlibat dalam penugasan mengiringi pergi dan balik pedati emas dan perak yang akan bermula di kuil Arulmigu Balathandayuthabani di Lebuh Queen menuju ke Kuil Nagarathar Thandayuthapani di Jalan Kebun Bunga.
Soffian berkata perarakan bermula sekitar jam 6 pagi Isnin bagi pedati emas manakala pedati perak akan bermula pada jam 7 pagi sejauh 6.5 km dengan melalui 12 laluan utama.
Manakala bagi perjalanan balik, pedati emas akan bergerak jam 6 petang manakala pedati perak jam 7 malam pada Rabu dengan jarak perjalanan masing-masing sejauh 9.1 km dan 8.7 km.
"Bagi melancarkan perayaan Thaipusam, PDRM Timur Laut telah mengatur gerak 1,300 petugas PDRM Timur Laut dan kita dapat bantuan Polis Gerakan AM, Polis Gerakan Udara, Polis Marin dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dibantu agensi lain APM, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), RELA dan juga Jabatan Perpaduan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini pada Sabtu .
Selain itu katanya, pihak kuil juga mengambil inisiatif menempatkan sukarelawan di sekitar kawasan kuil bagi memastikan semua penganut yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan.
Soffian berkata, perarakan pedati dijangka hanya mengambil masa antara lapan hingga sembilan jam berbanding perarakan sebelum ini yang mengambil masa hampir 20 jam.
"Berdasarkan SOP yang ditetapkan, hanya 100 orang dibenarkan untuk mengiringi setiap pedati. Walau bagaimanapun kita dapat dari pihak kuil kurang dari 100, ia melibatkan jawatankuasa kuil saja seperti arahan dikeluarkan.
"Mereka ini akan diberikan tag khas untuk mereka yang dibenarkan, jadi mana-mana yang tidak ada di dalam senarai tidak akan dibenarkan ikuti perarakan, PDRM akan pantau pergerakan orang ramai," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Soffian berkata, beberapa laluan utama di sekitar negeri itu akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan serta melancarkan sambutan Thaipusam bermula jam 6 pagi hingga 7 malam.
Antara jalan yang terlibat jalan Gotlieb/Jalan Burma, Jalan Brown/Jalan Tunku Abdul Rahman, Lorong Air Terjun, Jalan D S Ramanathan/Jalan Gotlieb, Jalan Brown, Jalan Utama/Jalan Wrigh /Jalan Burma.
Dalam pada itu, Soffian turut menasihatkan orang ramai yang menghadiri upacara semasa sambutan mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan negara masih berdepan pandemik COVID-19.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jan 15 2022
Pada tahun ini, acara membawa kavadi tidak dibenarkan pada perayaan Thaipusam dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. - Foto BERNAMA
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Laluan, kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani di Pulau Pinang sesak, ada yang pengsan
Orang ramai, terutama penganut Hindu, semakin memenuhi jalan dan kawasan menghala ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani.
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal
Lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam hari ini.
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.
2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi amal digesa mengurangkan saiz makanan percuma yang akan diedarkan semasa sambutan Thaipusam pada 11 Feb ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.